
16 November 2024 | SIRI 2: Bengkel Asas Teknik Reka Bentuk Poster Program Komuniti
Terima kasih kepada semua wakil pelajar kkb (Jawatankuasa Multimedia Program Komuniti) yang telah menghadiri Bengkel Asas Teknik Reka Bentuk Poster Program Komuniti. Bengkel ini bertujuan untuk membantu dan mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam mencipta poster yang menarik dan efektif bagi mempromosikan program komuniti.


Bengkel ini dibuka dengan ucapan daripada Timbalan Pengarah Kursus Kokurikulum Berkredit iaitu Ts. Dr. Rozzamri Ashari dan diikuti oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad.


Seterusnya, bengkel ini telah menjemput dua orang penceramah berpengalaman iaitu Encik Mohd Sufian Ismail untuk berkongsi ilmu tentang asas reka bentuk poster program komuniti dan Encik Muhamad Zulwaqa’ Muhamad Zamri memberi penerangan tentang etika dalam penghasilan poster program komuniti mengikut standard Universiti Putra Malaysia (UPM).

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam menghasilkan bahan promosi berkualiti tinggi untuk program komuniti dan projek akan datang.
Tarikh Input: 18/11/2024 | Kemaskini: 18/11/2024 | saidatul.halim

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan