START UP WITH PETANQUE BUKTI IKATAN ERAT UUM DAN UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » START UP WITH PETANQUE BUKTI IKATAN ERAT UUM DAN UPM

START UP WITH PETANQUE BUKTI IKATAN ERAT UUM DAN UPM

Oleh: Nik Wan Maizurah

SERDANG 12 Januari, - Petanque kini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Sukan petong merupakan sukan platform yang melahirkan atlet-atlet yang berkemahiran tinggi dan mengasah bakat serta minat kepada anak- anak muda yang ingin menceburkan diri di dalam dunia petanque. Hal ini telah memperkukuhkan lagi hubungan antara UPM dan UUM di dalam sukan Petanque menerusi program “Start Up with Petanque”. Penyelaras Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia iaitu Prof Madya Dr Fairuz mengucapkan jutaan tahniah diucapkan atas kolaborasi di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam melaksanakan program yang bermakna in, Walaupun jarak ini memudahkan pelajar dari universiti ini namun ukhwah tetap terjalin bersama. Beliau berkata “Saya amat menyokong program Start Up with Petanque dianjurkan kerana ia merupakan program yang boleh memberi impak bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada masyarakat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai dunia sukan petong ini bak kata Morley Safer, I believe in playing petanque with a certain kind of panache even if you’re winning, you take a risk.”

Antara objektif “Start Up with Petanque” adalah memberikan pendedahan mengenai pengetahuan dan isu dalam dan memupuk semangat cinta akan sukan dalam kalangan mahasiswa dan ini juga dapat memberikan impak kepada komuniti iaitu menambahkan pengetahuan mengenai sukan petong manakala impak kepada pelajar dapat memberikan pengalaman dan pendedahan kepada pelajar dalam mengendalikan sesuatu program dan juga impak kepada universiti dapat membuktikan kesungguhan usaha universiti dalam melahirkan graduan yang holistik dan mempunyai kemahiran insaniah yang padu. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung secara atas talian adalah sesi penerangan bertemakan persediaan, kemahiran dan strategi dalam sukan petong.

Saudara Huzaimi yang merupakan atlet sukan petong kategori lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memberikan perincian mengenai persediaan bagi pemain baru untuk bermain dalam sukan petong manakala Saudara Fazdil merupakan atlet sukan petong kategori lelaki Universiti Utara Malaysia (UUM) memberikan perincian tentang kemahiran asas dalam sukan petong dan juga saudari Juliastuti merupakan atlet sukan petong kategori perempuan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerangkan tentang strategi sebelum dan semasa pertandingan di dalam sukan petong. Selain itu, terdapat juga sesi kahoot yang mana para pemenang yang mendapat johan, naib johan dan tempat ketiga akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai. Menurut Pengarah Program “Start Up with Petanque”, Norishfazatie Aqmar Binti Ahmad Fadzil menyatakan program ini sangat sinonim dijalankan selari dengan visi sukan negara 2030 yang mana ia memfokuskan kepada 6 bidang tumpuan iaitu pembudayaan sukan, pemerkasaan industri sukan, hub sukan dan profesionalisme sukan di Malaysia. Pengarah Norishfazatie juga berkata “Saya berharap dengan adanya program “Start Up with Petanque” ini, ia dapat memberikan ilmu yang sangat bermakna dan bernilai kepada pelajar mahupun masyarakat dalam sukan petong serta melibatkan dan memajukan diri kearah yang lebih tinggi setanding dengan negara yang mencapai kualiti sukan yang begitu tinggi.”

Tarikh Input: 27/01/2022 | Kemaskini: 27/01/2022 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdOAq~