UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PROGRAM KARISMA PEMIKIR AWAM KEPIMPINAN TERTINGGI 2025 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PROGRAM KARISMA PEMIKIR AWAM KEPIMPINAN TERTINGGI 2025

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PROGRAM KARISMA PEMIKIR AWAM KEPIMPINAN TERTINGGI 2025

28 Mei 2025 - Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South. Program Karisma Pemikir AWAM Kepimpinan Tertinggi Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi kedua telah diadakan dengan tajuk, MADANI Malaysia: Memahami Negara.

Sesi ini menampilkan Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kebangsaan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, sebagai penceramah ucaptama. Sesi tersebut dijalankan bersama dua orang moderator iaitu Prof Dr Haslinda Abdullah, Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial UPM dan Encik Fahmi Azar Mistar, Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

Antara pengisian utama program termasuk sesi wacana pemikiran bersama tokoh-tokoh pemimpin nasional dan pakar akademik, pembentangan pelan strategik universiti berlandaskan nilai Madani, serta bengkel kepimpinan reflektif yang menekankan aspek empati, tanggungjawab sosial dan ketelusan.Program ini juga memberi ruang kepada pemimpin universiti untuk mengintegrasikan pendekatan kepimpinan Madani dalam dasar, tadbir urus dan perkhidmatan kepada warga kampus serta komuniti luar.

 

29 Mei 2025 - Forum bertemakan 'Teras Menara Ilmu: Menyediakan Perkhidmatan Di Luar Jangkaan' itu berjaya dilaksanakan sebagai sesi kelima Program Karisma Pemikir AWAM Kepimpinan Tertinggi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Forum itu menampilkan tiga ahli panel iaitu Encik Noor Amin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM); Encik Namanzee Harris, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah; dan En. Azmi Zainal, Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh. Forum itu dikendalikan oleh Prof. Prof Dr Mohd. Mursyid Arshad, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) UPM sebagai moderator.

Tarikh Input: 04/06/2025 | Kemaskini: 04/06/2025 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
W, (03:40:02am-03:45:02am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]