UPMKB ANJUR BENGKEL BAGI PERKASA KEMAHIRAN FASILITATOR DALAM PENGAJARAN KOKURIKULUM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR pkpp
» BERITA » UPMKB ANJUR BENGKEL BAGI PERKASA KEMAHIRAN FASILITATOR DALAM PENGAJARAN KOKURIKULUM

UPMKB ANJUR BENGKEL BAGI PERKASA KEMAHIRAN FASILITATOR DALAM PENGAJARAN KOKURIKULUM

UPMKB ANJUR BENGKEL BAGI PERKASA KEMAHIRAN FASILITATOR DALAM PENGAJARAN KOKURIKULUM
 
 
 
BINTULU: Baru-baru ini, Pejabat Pengurusan Pelajar, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Fasilitator Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) kepada seramai 11 fasilitator dan 5 orang staf Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMKB bertempat di Bilik Kuliah 2, Dewan Kuliah Pusat 1, UPMKB.
Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini diadakan bertujuan untuk memperkasa kemahiran fasilitator dalam mengendalikan kursus kokurikulum berkredit di UPMKB sekaligus mampu bersama-sama membantu pihak universiti dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.
Menurut jurucakap majlis, Ellyn Sherra Rison, antara aktiviti yang dijalankan menerusi bengkel ini termasuklah sesi ice breaking, pendedahan mengenai Prosedur Pengurusan Kursus Kokurikulum Berkredit, Penulisan Surat Rasmi dan juga pendedahan mengenai Protokol dan Majlis Rasmi.
 
Fasilitator yang terlibat turut diberikan tugasan bagi menguruskan Majlis Penutupan Bengkel secara menyeluruh. Peserta bengkel telah dipupuk untuk memahami konsep kokurikulum berkredit serta mengembangkan teknik-teknik yang berkesan dalam penyampaian maklumat kepada pelajar terutamanya dalam penulisan kertas kerja serta protokol bagi majlis rasmi yang sememangnya menjadi salah satu aspek utama dalam kelas kokurikulum berkredit.
 
Dalam ucapan penutupan yang disempurnakan oleh Encik Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Pelajar, bengkel ini merupakan langkah positif dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di peringkat Universiti, serta menunjukkan komitmen UPMKB dalam memperkasa fasilitator untuk menyokong pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di UPMKB dengan lebih efektif.
 
 
 

Tarikh Input: 16/05/2024 | Kemaskini: 16/05/2024 | saidatul.halim

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (07:49:19pm-07:54:19pm, 07 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]