17 PELAJAR RENANG ASAS (QKS2112) KUMPULAN 4 TELAH BERJAYA MENJALANKAN PROGRAM LITTLE NEMOLYMPIC SWIMMING COMPETITION 2023. | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » 17 PELAJAR RENANG ASAS (QKS2112) KUMPULAN 4 TELAH BERJAYA MENJALANKAN PROGRAM LITTLE NEMOLYMPIC SWIMMING COMPETITION 2023.

17 PELAJAR RENANG ASAS (QKS2112) KUMPULAN 4 TELAH BERJAYA MENJALANKAN PROGRAM LITTLE NEMOLYMPIC SWIMMING COMPETITION 2023.

Oleh : Thilagavaty A/P Vickneswaran

 

 

16 Disember 2023,- Seramai 17 orang pelajar Renang Asas, kod kursus QKS2112, Kumpulan 4, telah berjaya melaksanakan Program Little Nemolympic Swimming Competition 2023 anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Ezi2swim Sports Management. Program ini dilaksanakan oleh 17 orang pelajar Universiti Putra Malaysia dengan bimbingan seorang fasilitator iaitu Puan Shurati Ab.Rahim Binti Ghazali. Program ini berlangsung di Kompleks Renang Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor dari jam 7:30am hingga 5:30pm.

 

Program Little Nemolympic diadakan bertujuan untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam pertandingan sukan renang. Selain itu, program ini juga menyediakan ruang dan peluang untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa UPM dan peserta tentang penganjuran program komuniti berkaitan sukan renang. Program Little Nemolympic ini adalah pertandingan yang diadakan dalam kolam renang dan tujuannya adalah untuk menarik minat kanak-kanak dan para remaja untuk terus bergiat aktif dalam sukan renang.

 

Peserta pertandingan ini terdiri daripada kanak-kanak berumur dari 5 hingga 12 tahun serta remaja berumur 13 hingga 15 tahun termasuk semua jantina. Pertandingan ini meliputi keempat-empat gaya berenang iaitu breastroke, backstroke, freestyle serta butterfly (25m & 50m). Tema program ini adalah tema “Finding Nemo”. Program Little Nemolympic ini diadakan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk terus berenang setelah berjaya menguasai semua teknik-teknik renang dan meningkatkan tahap kesihatan para kanak-kanak yang terlibat dalam pertandingan sukan renang ini.

 

Program Little Nemolympic ini telah memberikan beberapa impak kepada komuniti iaitu memberikan pendedahan awam mengenai universiti kepada pihak luar, meningkatkan tahap kesihatan kanak-kanak yang terlibat dalam sukan renang, meningkatkan keyakinan diri dan memberikan motivasi kepada kanak-kanak untuk terus bergiat aktif dalam sukan renang dan membolehkan peserta berinteraksi dan membina hubungan sosial yang kuat antara satu sama lain. Impak kepada mahasiswa adalah dapat memberikan pengalaman baru dalam mengendalikan sesuatu program besar dan dapat melahirkan ciri-ciri seseorang pemimpin. Selain itu, program ini juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran insaniah yang dipelajari secara tidak langsung semasa kelas kokurikulum berkredit.

 

Akhir sekali, dengan adanya Program Little Nemolympic Swimming Competition 2023 ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama mahasiswa, peserta, fasilitator dan sukarelawan yang terlibat. Program ini juga telah memberikan satu pengalaman dan pendedahan kepada pelajar untuk menguruskan sesuatu program di bawah kendalian pelajar itu sendiri. Sekian terima kasih.

 

Tarikh Input: 04/03/2024 | Kemaskini: 04/03/2024 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEcJAM~