26 PELAJAR QKW 2106 PENGENALAN KEPADA SILAMBAM UPM DENGAN JAYANYA MENJALANKAN PROGRAM ‘SILAMBAM-PEMBINA JATI DIRI’. | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » 26 PELAJAR QKW 2106 PENGENALAN KEPADA SILAMBAM UPM DENGAN JAYANYA MENJALANKAN PROGRAM ‘SILAMBAM-PEMBINA JATI DIRI’.

26 PELAJAR QKW 2106 PENGENALAN KEPADA SILAMBAM UPM DENGAN JAYANYA MENJALANKAN PROGRAM ‘SILAMBAM-PEMBINA JATI DIRI’.

 

Oleh : SHAJITRA A/P SUBRAMANIAM

 

10-11 Jun 2023, - Seramai 26 pelajar Kumpulan 1 dari kursus QKW 2106 Pengenalan Silambam anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM telah menganjurkan program ‘Silambam-Pembina Jati Diri’ dengan bimbangan seorang fasilitator iaitu, Master Kuspu A/P Selvaraju. Program ini dijalankan secara fizikal di Balai MPKK Kampung Sungai Manggis 42700 Banting,Selangor.

 

Program komuniti kami iaitu ‘Silambam Pembina Jati Diri’ ini berlandaskan usaha untuk mendisiplinkan seseorang itu, menyihatkan badan secara fizikal dan juga meningkatkan kekukuhan mental dan melatih kemahiran bertutur serta keupayaan memimpin. Selain itu, memberi kesedaran tentang kepentingan seni bela diri dan meningkatkatkan tahap kesihatan badan, minda dan jiwa seseorang pelajar yang seimbang dari segi jasmani dan emosi.

 

Impak daripada menganjurkan program ini ialah mewujudkan komuniti yang sedar akan kepentingan mempelajari seni mempertahankan diri dan mementingkan kesihatan fizikal dan mental. Pelajar-pelajar dapat mempelajari kepentingan semangat berpasukan dalam menjayakan program ini dan mewujudkan sifat prihatin antara pelajar untuk saling memahami antara satu sama lain tanpa mengira bangsa ataupun kaum. Program ini juga membentuk pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji supaya dapat mengharumkan nama universiti universiti ke peringkat lebih tinggi.

 

Sepanjang program dijalankan, pelajar-pelajar UPM telah mengendalikan 3 Modul utama yang bertemakan Jati Diri dan Perkembangan Diri, Refleksi Diri dan Pertahanan Diri. Bagi setiap modul yang berbeza, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memberi motivasi dan pengajaran supaya peserta membina jati diri untuk menempuhi segala cabaran kehidupan.

 

Selain itu, sebuah sesi perkongsian tentang pembangunan kendiri yang penuh motivasi diberikan kepada para peserta supaya sentiasa meningkatkan prestasi diri dan sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga masing- masing. Penceramah juga menyampaikan prinsip “usaha anda adalah setimpal dengan hasil” kepada peserta supaya berusaha apabila melaksanakan apa jua tanggungjawab dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, penceramah juga memberi kesedaran bahawa sebagai seorang anak, kita wajarlah sentiasa mempunyai jati diri teguh supaya tidak menghancurkan usaha dan kepercayaan ibu bapa.

 

Di samping itu, cara mempertahankan diri telah dipelajari oleh peserta supaya sedia menyelamatkan diri pada situasi berbahaya. Hal ini kerana, peserta akan yakin dan tidak akan berasa takut dan bimbang jika menjadi mangsa kes buli. Mereka juga akan sedia untuk membantu mangsa yang terlibat dalam gengsterisme. Tambahan pula, sifat kepimpinan akan disemai dalam kehidupan peserta kerana seni bela diri Silambam bukan sahaja menyihatkan badan, juga mendisiplinkan seseorang insan.

Tarikh Input: 30/09/2023 | Kemaskini: 30/09/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdRAN~