PENDEDAHAN DAN KEPENTINGAN ILMU BELA DIRI KHUSUSNYA ILMU SILAT CEKAK KEPADA PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PENDEDAHAN DAN KEPENTINGAN ILMU BELA DIRI KHUSUSNYA ILMU SILAT CEKAK KEPADA PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PENDEDAHAN DAN KEPENTINGAN ILMU BELA DIRI KHUSUSNYA ILMU SILAT CEKAK KEPADA PELAJAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Oleh: Muhammad Ammar bin Ramlee


SERDANG 11 Jun, ‐ Pembelajaran silat cekak kini semakin mendapat tempat di hati kalangan mahasiswa dan mahasiswi dan ini terbukti dengan sambutan meriah daripada para pelajar Universiti Putra Malaysia yang mendaftar dan menyertai program Pendedahan dan Kepentingan Ilmu Bela Diri Khususnya Ilmu Silat Cekak Kepada Pelajar Universiti Putra Malaysia anjuran Pengenalan Silat Cekak Malaysia (QKW2102) Kumpulan 1 DAN 2 Kursus Kokurikulum berkredit Semester Pertama sesi 2022/2023.

  

Penyelidik dan Penulis Sejarah Silat Cekak,Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia,,Encik Shukri Bin Janudin,berkata Program Pendedahan Dan Kepentingan Ilmu Bela Diri khususnya Ilmu Silat Cekak Kepada Pelajar Universiti Putra Malaysia tersebut diadakan dapat memberi pendedahan tentang Seni Silat Cekak Malaysia serta melahirkan ciri ‐ ciri pendirian diri yang tinggi serta melahirkan rasa cinta dan hormat kepada seni bela diri tradisional yang telah menjadi satu warisan kebudayaan negara agar tidak terus tenggelam ditelan zaman. Beliau berkata, program ini dapat mengasah sifat kepimpinan dalam diri dan kesenian dalam kalangan peserta dengan mengadakan aktiviti kebudayaan secara berpasukan, dengan adanya ketua yang dapat memimpin rakan‐rakan berpasukan dapat memastikan aktiviti berpasukan dapat berjalan dengan lancar justeru dapat mengasah sifat kepimpinan dalam diri. “Terdapat lima aspek dalam pemilihan kerjaya iaitu kelulusan, kemahiran, adab, pengalaman dan keterampilan, kelima‐lima aspek inisaling melengkapi antara satu sama lain dan merupakan dasar hidup seseorang untuk menjadi manusia yang lebih berjaya dan dipandang tinggi oleh masyarakat,” katanya semasa upacara perasmian program Pendedahan dan Kepentingan Ilmu Bela Diri Khususnya Ilmu Silat Cekak Kepada Pelajar Universiti Putra Malaysia yang dihadiri oleh kira‐kira 65 peserta.

  

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Demonstrasi Silat CekakMalaysia daripada penuntut kursus QKW2102,Mini Penerangan Seni Silat CekakMalaysia,Demonstrasi Silat Cekak Malaysia dari Skuad Demonstrasi Persatuan Seni Silat CekakUniversiti Putra Malaysia,Latihan Asas Pengenalan Silat Cekak Malaysia Kepada Komuniti,LatihanPengenalan Silat Tari Langkah 1 hingga 10 dan Bual Bicara Silat Dan Aplikasi Kehidupan danbermacam‐macam lagi aktiviti terbuka kepada semua pelajar Universiti Putra Malaysia.“ Program ini dapat menyebarkan dan mendedahkan keunikan seni mempertahankan dirikhususnya Seni Silat Cekak kepada komunitisecara berkesan melalui aktiviti yang telah dirancang malah segala perspektif negatif berkaitan silat cekak yang dilempar tidak menjatuhkan nama baiksilat cekak malah silat cekak terus unggul dengan keunikannya yang tersendiri.,”kata Encik Muhammad Azam bin Abdul Halim, Pegawai Penerangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Putra Malaysia di Dewan Putra Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar Kompleks Akademik A Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 27/07/2023 | Kemaskini: 27/07/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdRA7~