PROGRAM PERKHEMAHAN SANTAI 1ST AID BSMM 2023 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » PROGRAM PERKHEMAHAN SANTAI 1ST AID BSMM 2023

PROGRAM PERKHEMAHAN SANTAI 1ST AID BSMM 2023

SISFEC 13 Januari, – Kursus Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM1) Kumpulan 1 telah mengadakan Program Perkhemahan Santai 1st Aid BSMM 2023 dengan tujuan mendedahkan pelajar kepada aktiviti yang berteraskan pekhemahan serta khidmat masyarakat anjuran Kursus Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM1) Kumpulan 1 dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Putra Malaysia dan Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar.

 Pengarah program iaitu saudara Suraj A/L Raman berkata, program ini amat bermanfaat kerana bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran sara diri pelajar, tetapi dapat memupuk semangat kesukarelawan untuk berbakti kepada masyarakat agar lahirnya generasi yang sanggup berjuang demi masa hadapan negara yang cerah.

 Seramai lebih kurang 30 orang pelajar menyertai program ini dan dikatakan program ini mendapat sambutan yang cukup meriah kerana semua orang berasa puas dan gembira dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang program.

 Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ice Breaking Mentor Mentee, Compass Ready dan Compass Marching serta 1st Aid For Every Home Skill Station. Aktiviti-Aktiviti ini bertujuan untuk mengenal dengan lebih mendalam antara satu sama lain, mengenali kegunaan dan fungsi kompas serta memahami setiap elemen barang yang terdapat dalam peti pertolongan cemas.

 Pada hari terakhir program, semua pelajar bergerak ke Blue Lagoon selepas bersarapan. Pelajar diiringi oleh renjer hutan untuk ke tempat tersebut. Sepanjang perjalanan, pelajar dapat mengenali jenis-jenis tumbuhan yang ada yang tidak pernah dilihat oleh mereka.

 Sebelum pulang, majlis penutup telah diadakan dengan dirasmikan oleh Dr. Aditya. Beliau berkata bahawa program seperti ini amat bagus kerana mendapat pengisian yang cukup bermanfaat bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada semua yang terlibat sepanjang program berlangsung. 

Tarikh Input: 26/04/2023 | Kemaskini: 26/04/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEeAAs~