TEDDY BEAR HOSPITAL : SISWA PERUBATAN TAHUN 1 UPM BANTU WUJUDKAN STIGMA POSITIF TERHADAP RAWATAN DOKTOR DI HOSPITAL | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» BERITA » TEDDY BEAR HOSPITAL : SISWA PERUBATAN TAHUN 1 UPM BANTU WUJUDKAN STIGMA POSITIF TERHADAP RAWATAN DOKTOR DI HOSPITAL

TEDDY BEAR HOSPITAL : SISWA PERUBATAN TAHUN 1 UPM BANTU WUJUDKAN STIGMA POSITIF TERHADAP RAWATAN DOKTOR DI HOSPITAL

SERDANG 13 Ogos- Seramai 27 Mahasiswa Perubatan Tahun 1 Universiti Putra Malaysia melalui Kursus Pembangunan Kesukarelawanan telah membantu menyemai stigma positif terhadap rawatan doktor di hospital melalui program Teddy Bear Hospital. Program yang disertai oleh 38 pelajar Tahun 1 SK Serdang telah dianjurkan dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Serdang, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM), IMAM Children and Teens Super Teen (IMACATS), Penerbitan Pelangi Sdn Bhd serta Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd.

 Pasca pandemik sedikit sebanyak telah menimbulkan perasaan takut oleh pelajar  yang perlu menerima rawatan vaksinasi, menghadiri pertemuan berkala dan rawatan doktor di hospital dan sebagainya. Oleh itu, program ini bertujuan untuk mengubah persepsi pelajar terutama dalam lingkungan 7 tahun supaya tidak berasa gentar dan takut ketika menerima rawatan perubatan doktor di hospital. Selain itu, program ini juga mendedahkan kepada pelajar tentang kesihatan secara interaktif dan bertujuan untuk mengurangkan sindrom kot putih  atau white coat syndrome.

 
Mahasiswa Perubatan UPM Tahun 1 QKU 2203II Kump 5 Pembangunan Kesukarelawanan , Fasilitator A’isyah Hishamuddin dan tenaga pengajar FPSK tampak ceria bergambar bersama ketika akhir program

 
Pelajar perubatan ceria bergambar bersama ahli kumpulan dengan Patung Beruang masing-masing.

 

Program yang berunsurkan ‘pretend medical-play’ ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk ‘merawat’ patung beruang yang ‘sakit’. Pelajar- pelajar juga diberi peluang untuk menyelami suasana di hospital dengan melalui stesen-stesen penting bersama patung beruang masing-masing. Stesen-stesen tersebut adalah stesen Konsultasi, Pemakanan & Gaya hidup sihat, Pertolongan Cemas, Kebersihan Diri, Keselamatan (Gambar 6) dan juga Farmasi.

  

Pelajar Perubatan membimbing pelajar menimbang berat Teddy Bear.


Pelajar Perubatan membimbing pelajar tentang x-Ray


Pelajar Perubatan membimbing pelajar merawat patung beruang mereka yang ‘sakit di stesen konsultasi

 
Pelajar Perubatan tekun menerangkan tentang rawatan dan kebaikan vaksin


Pelajar Perubatan menerangkan tentang keselamatan secara i

 

 

 

Antara stesen menarik yang diadakan ialah Stesen Vaksinasi (Gambar 5) dimana pelajar telah diberikan pendedahan tentang tujuan vaksinasi dan kebaikannya oleh mahasiswa Pelajar Perubatan Tahun 1. Di Stesen Konsultasi pula  juga telah memberi peluang pelajar menimbang berat, mengukur ketinggian dan merawat anak patung beruang mereka yang sakit dengan bimbingan Mahasiswa Perubatan UPM yang hadir. 

Selain itu, program ini juga disertakan dengan sesi ceramah kesihatan oleh wakil Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Yasmin Zainuddin (Gambar 11).

 

Setiap pelajar, sukarelawan dan guru-guru yang terlibat juga berpeluang menikmati produk Yakult secara percuma.Semua pelajar diberikan hadiah penyertaan yang telah ditaja oleh Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, Yakult (Malaysia) Sdn Bhd, Projek Putra Bakti Hope Soap dan juga sumbangan  daripada orang ramai.

 

Upacara Tandatangan Sijil Jalinan Kerjasama antara Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM dan SK Serdang yang diwakili oleh Timbalan Pengarah PKPP, UPM Prof Madya Dr Siti Suriawati Isa dan Guru Besar, SK Serdang Puan Hajjah Noriza Hamid.

Semoga program ini memberi manfaat kepada semua peserta yang terlibat terutamanya Pelajar Perubatan Tahun 1 UPM berinteraksi dan menimba pengalaman menjayakan program komuniti.

Oleh: Vyshnavi A/P Gunasagaran

 

Tarikh Input: 22/08/2022 | Kemaskini: 25/12/2022 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEaIA0~