Director's Forewords | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ABOUT US » Corporate Information » Director's Forewords

Director's Forewords

 
Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera 
 
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T, dengan izinNya Pusat Kokorikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) telah melahirkan ramai graduan yang hebat dan menyumbang kepada pembangunan serta kemajuan negara.
 
Alhamdulillah, aktiviti dan program pembangunan pelajar melalui pendekatan pembangunan belia positif (PYD) yang berpusatkan pelajar di PKPP akan dapat direalisasikan dengan adanya para pelajar yang cergas, berwibawa serta kerjasama mantap di antara pihak pengurusan dan Staf PKPP, Entiti Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UPM, Barisan Fasilitator Kokurikulum Berkredit serta pemegang taruh luar UPM. 
 
Selain itu, pentadbiran PKPP yang diterajui oleh Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai Tadbir, Staf dan Fasilitator akan sentiasa komited dalam memastikan segala infrastruktur dan peralatan dalam keadaan yang kondusif dan mesra pelajar. Ini merupakan sebahagian daripada pemangkin supaya pihak berkepentingan khususnya pelajar UPM akan mencapai kejayaan yang cemerlang samada dalam bidang akademik dan sahsiah. Konsep Keserakanan Belia-Dewasa (Youth-Adult Partnership) antara pelajar dan pihak pengurusan serta Fasilitator akan menjadikan usaha bimbingan dan penasihatan akan menjadi lebih berkesan dan meninggalkan pengalaman berharga kepada pelajar dalam melahirkan watak graduan yang berdaya tahan mendepani cabaran mendatang. 
 
Faktor ini adalah sesuai dan selari dengan Visi dan Misi PKPP ini yang direalisasikan melalui Pembangunan Belia Positif untuk UPM #PYD4UPM #5C dalam kerangka membangunkan pelajar yang 'Berilmu Berbakti'. Lantaran itu sudah pasti PKPP akan menjadi entiti dalam melahirkan para professional yang bertahap tinggi dan akan sentiasa menyumbang universiti, masyarakat dan negara, seperti yang digarap melalui Pelan Strategik UPM dan kerangka 'True North' UPM oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM.
 
Akhir kata, saya berharap agar pelajar UPM bijak mengimbangi keperluan akademik, kokurikulum, sahsiah dan tanggungjawab terhadap universiti. Usaha dalam meningkatkan kecemerlangan diri dan tahap profesionalisme perlu diligatkan untuk memastikan PKPP menjadi pusat penyemai nilai-nilai murni dan simbol kecemerlangan ilmu serta kemahiran insaniah selaras dengan falsafah Universiti Putra Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan aspirasi negara.
 
 "BERILMU BERBAKTI"
 #TrueNorthUPM 
#PYD4UPM 
 
Yang Berusaha, 
Profesor Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad 
Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar 
Universiti Putra Malaysia

Updated:: 22/04/2024 [muhamadzulwaqa]

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZLAh~