STEP BY STEP MEMBERI PENGETAHUAN BAHARU KEPADA PESERTA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL

STEP BY STEP MEMBERI PENGETAHUAN BAHARU KEPADA PESERTA

Oleh: Fatin Amirah Binti Mohd Hisham

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara telah mengehadkan masyarakat daripada melakukan aktiviti di luar rumah. Oleh itu, program Step By Step : Indian Classical Dance telah dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar kepada pelbagai golongan masyarakat. Step By Step ini telah memberi peluang kepada peserta untuk belajar benda baharu yang berkaitan dengan bharatanatyam di rumah.

Yuvashiny A/P Shanmugam, Pengarah Program Step By Step  berkata bahawa Program Step By Step dilaksanakan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli jawatankuasa program ini untuk meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan kepimpinan serta membenarkan peserta untuk melakukan aktiviti yang menarik dan mengetahui budaya atau tarian dari bangsa yang berbeza di rumah  semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, Cik Yogeswari A/P Murugan, fasilitator kursus kokurikulum berkredit Seni Tari Klasik India berkata, objektif aktiviti ini adalah untuk membantu peserta supaya dapat membina tahap pemikiran kreatif yang lebih tinggi, meningkatkan kemahiran ICT serta memupuk kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar yang akan menjadi pemimpin pada masa depan.

Encik Mohd Imran Nul Hakim Bin Derasip , Pegawai pemantau merangkak perasmi bagi program Step By Step, program Step By Step ini diadakan bagi memastikan masyarakat dapat memenuhi aktiviti fizikal dan mental dengan menggerakkan tubuh badan pada masa kini terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta mengembangkan kemahiran insaniah seperti kemahiran kerja berpasukan.

Gambar 1. Sesi pertandingan kuiz Kahoot.

 

Gambar 2. Sesi tarian zumba bersama peserta.

 

Seorang peserta bernama Sobana A/P Ramakrishnan berkata, setiap program boleh dilakukan  walaupun hanya duduk di rumah dan secara atas talian  juga mampu mengeratkan hubungan antara peserta dengan mengikuti aktiviti tersebut serta menyedari perkara ini membawa makna yang besar walaupun kelihatan amat remeh dan tidak menyeronokkan.

Gambar 3. Sesi perkongsian bersama Puan Vickneswary Chandran.

 

“Tahniah kepada pihak penganjur sekali lagi, kerana menghargai inisiatif mereka dalam menganjurkan program bermanfaat ini untuk dikongsi dengan semua peserta dan tahniah juga diucapkan kepada para peserta atas komitmen tinggi anda dalam program ini” katanya semasa upacara perasmian Step By Step : Indian Classical Dance  yang dihadiri oleh kira-kira 80 orang pelajar.

 

Disediakan oleh :

NAMA : FATIN AMIRAH BINTI MOHD HISHAM

TARIKH: 7 JUN 2021

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdIAM~