Ilmu Pendidikan Luar Dalam Kehidupan Seharian | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL

Ilmu Pendidikan Luar dalam Kehidupan Seharian

 

Oleh: Nurul Najwa Binti Mohd Khairi

Pendidikan luar kini semakin mendapat tempat di hati kalangan mahasiswa serta mahasiswi dengan ini majlis telah menjemput Dr. Shamsulariffin Samsudin sebagai panel kehormat bagi menjayakan Program Syoknya Kembara 3.0: Mahasiswa dan Pedidikan Luar anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Kursus Kokurikulum Berkredit (QKS2121) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini dijalankan untuk berkongsi ilmu pendidikan luar dan memberi manfaat kepada para pelajar UPM Kursus Asas Kembara Kumpulan 3 (QKS 2121) dengan masyarakat umum iaitu para mahasiswa luar UPM dan ini terbukti dengan sejumlah 926 orang penonton termasuk penganjur program seramai 40 orang telah terlibat dalam program tersebut dalam menggunakan ilmu tersebut serta menggalakkan para pelajar dalam mempraktikkan ilmu dalam subjek yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Dalam pada itu, program ini dapat melatih kepada pelajar UPM dalam membuat perancangan dan mengurus tadbir sesebuah program. Dengan ini, telah membawa impak positif kepada pelajar Asas Kembara (QKS 2121) Kumpulan 3 serta meningkatkan tahap disiplin diri dan kualiti pelajar atau mahasiswa dalam melibatkan diri dengan ahli kumpulan serta ahli masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah pendedahan  kepada mahasiswa serta mahasiswi berkaitan pendidikan luar yang disampaikan oleh Dr. Shamsulariffin dan sesi penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Nature’s Snap yang telah dijalankan pada 5 Jun 2021 hingga 18 Jun 2021.

Semasa sesi webinar berlangsung, Dr. Shamsulariffin Samsudin menekankan 5 perkara mengenai pendidikan luar iaitu para pelajar harus menguasai kemahiran pendidkan luar, kebolehan untuk merancang pengajaran, kemahiran merancang aktiviti, berkemampuan melaksanakan program dan membuat penilaian keberkesanan terhadap program tersebut.

Sesi webinar ini juga berlangsung di platform Youtube pada rancangan Asas Kembara UPM selama dua jam setengah yang bermula dari pukul 9.00 hingga 11.30 pagi.

 

Sesi 1 Program yang dijalankan secara atas talian melalui “YouTube Asas Kembara” bersama Dr Shamsulariffin Samsudin

 

Sesi 2 siaran langsung Webinar Syoknya Asas Kembara 3.0 :Mahasiswa dan Pendidikan Luar tersebut telah mengumpul penonton sebanyak 658 penonton (26/6/2021)

 

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETWAL~