28 AHLI PENGAKAP KELANA SISWA II MERIAHKAN JUALAN AMAL DI UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » 28 AHLI PENGAKAP KELANA SISWA II MERIAHKAN JUALAN AMAL DI UPM

28 AHLI PENGAKAP KELANA SISWA II MERIAHKAN JUALAN AMAL DI UPM

Oleh : Nazihah Burhanuddin

Jualan amal yang dianjurkan semakin mendapat sambutan yang baik dan meriah daripada para pelajar yang terlibat anjuran Pusat Kokurikulum iaitu Kumpulan 2 Kelab Pengakap Kelana Siswa II. Seramai 32 orang yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini secara atas talian.

Jualan amal ini dirasmikan secara atas talian oleh Encik Mohd Imran Nul Hakim Bin Derasip. Beliau berkata bahawa aktiviti amal haruslah dilaksanakan dalam usaha membantu golongan yang memerlukan.

Gambar 1. Sesi perasmian program.

 Gambar 2. Gambar jualan yang berlangsung sepanjang  1 MEI 2021.

Usaha itu bukan sahaja meringankan beban mereka yang dibantu malah usaha mulia perlu disemai dalam kalangan masyarakat terutamanya para pelajar kerana mereka merupakan generasi yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang sekeliling mereka.

Sebagai sokongan dan dorongan terhadap aktiviti ini, sumbangan sebanyak RM1421 telah dikumpul dan diberikan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Lil Banin Sri Peraksi secara transaksi dalam talian bagi memudahkan sumbangan disalurkan dengan lancar dan mudah.

Ini adalah sebahagian daripada usaha persatuan kelab kami dalam memberi sumbangan bagi menyokong organisasi kebajikan yang terbabit dalam bentuk kewangan.

 

Disediakan oleh :

NAMA : NURUL NAZIHAH BINTI BURHANUDDIN

TARIKH: 3/7/2021

Tarikh Input: 08/08/2021 | Kemaskini: 08/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXESTAi~