BENEFITS OF BADMINTON, BACKED BY SCIENTIFIC STUDIES | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » BENEFITS OF BADMINTON, BACKED BY SCIENTIFIC STUDIES

BENEFITS OF BADMINTON, BACKED BY SCIENTIFIC STUDIES

Penghasilan sebuah video bertajuk Benefits of Badminton, Backed by Scientific Studies untuk meluaskan pengetahuan orang ramai termasuk semua peminat permainan badminton tentang kelebihan yang diperoleh daripada bermain badminton dan info yang dikongsikan telah dikaji secara saintifik, anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pelajar dengan kerjasama Kelab Badminton Amotai Bangi dan Harimau Desa Racket Club.

Di bawah arahan Pusat Kokurikulum, para pelajar dari kursus Badminton QKS2102 telah diarah untuk menghasilkan sebuah video dan dipaparkan melalui alam maya sebagai satu medium untuk meluaskan pengetahuan orang ramai tentang kelebihan bermain badminton dan kesan kepada gaya hidup seharian serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa/i Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terlibat dengan Kursus Badminton Kumpulan 1.

Aktiviti ini dijalankan seramai 40 orang pelajar dari kumpulan 1 dan diagihkan kerja kepada setiap kumpulan tentang pengisian video yang dihasilkan. Setiap kumpulan merakam video masing-masing di kediaman sendiri mengikut kreativiti akibat penularan wabak Covid-19 melanda negara. Video yang dihasilkan oleh setiap kumpulan diberikan kepada ketua untuk dijadikan sebuah video yang lengkap.

Aktiviti ini telah memberikan impak kepada para pelajar sendiri dalam mencari pengalaman mengenai pembikinan video yang informatif selain dari melahirkan pelajar yang mempunyai nilai murni dan kemahiran insaniah yang tinggi. Di samping itu, aktiviti ini melatih mahasiswa/i dalam berorganisasi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran-kemahiran Insaniah terutamanya kemahiran kepimpinan, kemahiran komunikasi dan kemahiran kerja berpasukan yang diperlukan dalam menjadi mahasiswa yang berketerampilan.

Selain itu, aktiviti ini juga memberi impak kepada komuniti Badminton Amotai Bangi dan Harimau Desa Racket Club dalam menambah pengetahuan tentang kelebihan dan kesan melalui permainan Badminton. Manakala, pihak universiti dapat menaikkan nama dan visibility universiti ke peringkat yang lebih tinggi.

Video yang dihasilkan oleh pelajar dari kursus Badminton QKS2102 ini mampu memberikan banyak pendedahan kepada ramai golongan yang berminat untuk bermain badminton bahkan kepada sesiapa sahaja. Video ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dalam pelbagai cara termasuk aplikasi alam maya.

Majlis perasmian program ini berjaya dilangsungkan melalui platform alam maya Google Meet pada 19 Jun 2021. Jumlah bilangan peserta majlis ini adalah sebanyak 100 orang termasuk komuniti Badminton Amotai Bangi, komuniti Harimau Desa Racket Club, pelajar dari kumpulan 1 dan peminat permainan badminton.

 

Disediakan oleh :

Nama : Nurshakinah Hayati Binti Ahmad Zamri 

Tarikh: 19 Jun 2021

Date of Input: 08/08/2021 | Updated: 08/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEaDAu~