‘BUSINESS OPPORTUNITY OPENER’ MEMBUKA PINTU BAHARU BUAT MAHASISWA | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » ‘BUSINESS OPPORTUNITY OPENER’ MEMBUKA PINTU BAHARU BUAT MAHASISWA

‘BUSINESS OPPORTUNITY OPENER’ MEMBUKA PINTU BAHARU BUAT MAHASISWA

oleh: Faizah Zainal

Peluang perniagaan yang dikongsi kepada mahasiswa di seluruh Malaysia telah disambut dengan baik melalui Program ‘Business Opportunity Opener’ yang berlangsung di laman Facebook anjuran Kelab Usahawan Siswa QKH 2104 Universiti Putra Malaysia.

Pengarah program ‘Business Oppertunity Opener’ , Nurakmal Bin Awang@Mohd Noor berkata, program ini dijalankan bagi memberi peluang kepada mahasiswa-mahasiswi untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peluang perniagaan pada masa kini sekaligus memberi motivasi kepada perniaga-perniaga di luar sana.

Menurut salah seorang ahli jemputan iaitu Encik Hafiz bin Abd Wahab@Othman, “Terdapat tiga aspek yang penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan, yang pertama guru, kedua sistem dan yang terakhir pengalaman.”

Gambar 1. Sesi perkongsian bersama Ahli Panel Jemputan.

Beliau berkata, bagi mengatasi pandemik Covid-19 zaman sekarang, perniaga seharusnya mempunyai sistem yang bagus seperti Shopee atau Lazada dan menggunakan sistem tersebut dengan bijak untuk memperkembangkan lagi perniagaan yang sedia ada.

Ahli panel jemputan yang lain iaitu Encik Najib Rahman menyatakan pendapat beliau bahawa takaful merupakan perniagaan yang paling menguntungkan pada masa kini dan beliau juga telah menyatakan kepentingan-kepentingan takaful kepada semua yang menonton.

Sesi soal jawab juga telah dijalankan secara langsung dimana mahasiswa boleh bertanya soalan kepada ahli panel untuk mendapatkan maklumat dengan lebih mendalam dan terperinci.

Gambar 2. Sesi soal jawab dibuka kepada peserta.

 

Gambar 3. Sesi bergambar bersama Ahli Panel Jemputan.

 

Disediakan oleh : 

NAMA: NOORFAIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN

TARIKH: 26 JUN 20201

Date of Input: 08/08/2021 | Updated: 08/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUAA6~