CINTA DAN PELAJARAN MEMBAWA KEPADA MASALAH MENTAL DI KALANGAN MAHASISWA DAN MAHASISWI UPM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » CINTA DAN PELAJARAN MEMBAWA KEPADA MASALAH MENTAL DI KALANGAN MAHASISWA DAN MAHASISWI UPM

CINTA DAN PELAJARAN MEMBAWA KEPADA MASALAH MENTAL DI KALANGAN MAHASISWA DAN MAHASISWI UPM

Oleh: Nur Farhanah

Cinta ibarat permata dan juga boleh menjadi kaca yang berantakan yang mana memberi kesan kepada emosi dan mental seseorang. Melalui kajian selidik anjuran Kursus Bakti Siswa Kumpulan 12 dan Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar, kita dapat melihat sejauh mana kesan cinta mahupun pelajaran kepada mental seseorang.

“Tinjauan ini dilaksanakan bagi mengkaji gaya dan cara hidup seseorang dalam pembahagian masa antara cinta dan Pendidikan dan juga impak kepada mental seseorang” kata pengarah program, Cik Natasha Bellinda.

Beliau berkata, isu mental di kalangan pelajar ini harus dipandang berat tambahan pula ketika mana negara kita ini dilanda wabak pandemik dan kes cubaan dan bunuh diri kian meningkat dari masa ke semasa.

Melalui dapatan kajian ini, hanya 10% dikalangan responden merasakan cinta ini lebih penting berbanding pendidikan. 30% dikalangan responden mempunyai hubungan percintaan ketika status menjadi mahasiswa. Setengah daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai masalah anzieti, stress dan kemurungan akibat daripada percintaan dan pembelajaran

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah slot bersama panel yang terkemuka iaitu En. Aiman Psikologi dan Ustaz Syamsul Debat dan beberapa lagi aktiviti terbuka kepada semua termasuklah orang luar iaitu ‘Jump Rope Challenge’ anjuran bersama komuniti Jump Rope Malaysia.

“ Ini adalah sebahagian usaha Kursus Bakti Siswa 12 dan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dalam memberi pendedahan dan mendidik para pelajar dan orang luar tentang masalah mental yang mungkin kita hadapi dan cara mengatasinya di peringkat awal sebelum memberi kemudaratan kepada diri sendiri. Turut hadir di dalam majlis perasmian program Bicara Hati ke Minda ini adalah Dr.Azlina Mohd Khir, Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Kemasyarakatan, UPM.

 

Disediakan oleh :

NAMA    : Nurul Farhanah Hassim Binti Mohd Hazlin

TARIKH : 3 Julai 2021

Tarikh Input: 06/08/2021 | Kemaskini: 06/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETRAp~