CUTI-CUTI VIRTUAL (VIRTUAL HOLIDAY) 2021 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » CUTI-CUTI VIRTUAL (VIRTUAL HOLIDAY) 2021

CUTI-CUTI VIRTUAL (VIRTUAL HOLIDAY) 2021

Oleh: Azharul Aidil

Inisiatif Kelab Bakti Siswa Kumpulan 9 bersama Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia menganjurkan program komuniti yang bertajuk Cuti-Cuti Vitual (Virtual Holiday) secara atas talian untuk membimbing dan memberi pendedahan kepada mahasiswa dan komuniti masyarakat yang ingin menceburi bidang ini menanam minat serta menimba ilmu bagaimana untuk mendapatkan percutian yang menarik.

Prof. Madya Dr Siti Suriawati Isa, wakil Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia berkata program ini diadakan sebagai sebuah program perkongsian ilmu atau “knowledge transfer” serta memperkenalkan budaya dan tempat menarik yang berada di Negara Malaysia, Indonesia dan China kepada pelajar UPM dan komuniti luar.

Beliau berkata bahawa program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar UPM mahupun komuniti dalam menambah ilmu pengetahuan dan membantu para pelajar dan komuniti mempelajari mengenai adat dan budaya bukan sahaja di tanah air kita tetapi di Negara-negara  lain di samping melibatkan komuniti luar.

Dalam ucapan Cik Raihana dan Cik Syafika yang merupakan panel jemputan bagi program ini, “Dalam mebuat persediaan untuk melancong simpanan merupakan perkara asas sebelum melancong.” Terdapat banyak jenis simpanan yang telah dikongsikan semasa sesi perkongsian bersama AMS Empire seperti simpanan bank dan juga unit trust.

Gambar 1. Sesi bersama panel jemputan.

Acara kemuncak bagi program ini adalah sesi perkongsian bersama tetamu jemputan istimewa iaitu En Zahariz Khuzaimah sebagai seorang pengembara yang berkemahiran. Pelbagai infromasi maklumat serta inspirasi yang disampaikan oleh  beliau dalam sesi tersebut. Acara ini juga mendapat tumpuan ramai penonton untuk mengetahui lebih mendalam bagaimana untuk menjadi seorang pengembara yang hebat.

Gambar 2. Sesi perkongsian bersama tetamu jemputan istimewa En Zahariz Khuzaimah.

Program ini menerima maklum balas serta komen yang amat positif dari semua peserta yang berpendapat bahawa program ini memberi inspirasi untuk membuat perancangan awal halatuju pekerjaan dan perniagaan dalam menghadapi ekonomi masa akan datang.

 

Disediakan oleh:

 

NAMA: AZHARUL AIDIL BIN AZAHARUDDIN

TARIKH: 20 JUN 2021

Date of Input: 09/08/2021 | Updated: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEaPAa~