FORUM: SPORTS NUTRITION ANJURAN MAHASISWA UPM TARIK MINAT PELAJAR ANTARABANGSA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » FORUM: SPORTS NUTRITION ANJURAN MAHASISWA UPM TARIK MINAT PELAJAR ANTARABANGSA

FORUM: SPORTS NUTRITION ANJURAN MAHASISWA UPM TARIK MINAT PELAJAR ANTARABANGSA

Oleh: Nur Atiqah Fatehah Mohd Azhan

Pemakanan atlet juga boleh mempengaruhi penyesuaian latihan, risiko kecederaan dan risiko penyakit. Percaya bahawa bertungkus lumus dalam latihan sahaja tidak menjamin daya saing untuk prestasi yang optimal untuk para atlet dan pelajar-pelajar yang bergiat aktif dalam sukan, maka mahasiswa UPM dari Kursus Kokurikulum Berkredit Bola Tampar tampil dengan inisiatif untuk memberi pendedahan kepada para pelajar serta peserta mengenai asas pemakanan dalam sukan dan kesan pemakanan atas kesihatan dan kecergasan seseorang atlet. Forum yang dijalankan terbuka kepada semua warga UPM dan juga orang awam untuk menyampaikan mesej kepentingan pemakanan dalam sukan seterusnya mencapai objektif program sempena Program Komuniti yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar (PKPP), UPM.

Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, Dr Mohd Hafiz berkata, Forum: Sports Nutrition For Optimal Health and Performance ini diadakan terutamanya untuk menekankan kepentingan pemakanan dalam kalangan atlet dan bagaimana ia dapat memberi impak kepada kesihatan dan prestasi sebelum, semasa dan selepas menjalani apa-apa perlawanan. “Ia lebih baik walaupun kita bukan seorang atlet, namun kita tahu pengetahuan tambahan mengenai pemakanan sukan. Dengan ini, kita akan tahu bagaimana kesungguhan dan komitmen yang dilalui oleh para atlet untuk mencapai kesihatan dan prestasi optimal yang mereka inginkan untuk buat yang terbaik” katanya yang menggalakkan penglibatan pelajar dan orang awam dalam meningkatkan pengetahuan dalam bidang pemakanan sukan.

Gambar 1. Dr Mohd Hafiz memberi ucapan seterusnya merasmikan Forum: Sports Nutrition for Optimal Health and Performance.

Forum ini juga diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai lagi para atlet, anak muda, warga UPM dan orang awam untuk memahami dan mendalami cara menjaga kesihatan dan prestasi yang baik tanpa mengambil makanan-makanan yang berbahaya. Menurut Pengarah program, Nurul Syuhada, dengan berlangsungnya program ini, para peserta akan lebih peka dalam pemilihan serta kesan pengambilan makanan tersebut kepada kesihatan dan prestasi seseorang yang bergiat dalam bidang sukan.

Program yang dinamakan Forum: Sports Nutrition for Optimal Health & Performance’ ini telah diadakan pada 26 Jun 2021 yang diadakan secara atas talian. Forum ini bermula pada jam 10.00 pagi ini dan di rasmikan oleh Dr Hafiz, Pengetua Kolej Pendeta Za’ba. Setelah majlis perasmian, video pendek daripada pihak penganjur turut ditayangkan.

Setelah berakhirnya majlis perasmian, slot pertama di isi dengan perkongsian tentang Sport Nutrition oleh tetamu jemputan iaitu Ms. Tania Lee. Beliau telah berkongsi serba sedikit berkaitan sport nutrition. Kemudian, slot kedua diisi dengan penyampaian pengalaman berkaitan sukan daripada dua orang atlet jemputan iaitu Yogeswaran Elangovan dan Fakhrul Adam Cruz.

Gambar 2. Perkongsian informasi tentang ‘Sports Nutrition’ oleh Ms. Tania Lee.

 

Gambar 3. Perkongsian informasi tentang pengalaman dalam sukan oleh Yogeswaran Elangovan dan Fakhrul Adam Cruz dan juga kaitannya dengan pemakanan.

Program ini turut disertakan aktiviti soal jawab. Peserta akan memberikan soalan di ruangan komen dan para tetamu jemputan akan cuba menjawab soalan tersebut. Seterusnya, bagi memeriahkan lagi program tersebut, aktiviti Kahoot juga diadakan dan tiga orang peserta yang berjaya menempatkan diri di tempat pertama hingga ketiga akan menerima hadiah dari pihak penganjur. Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Gambar 4. Sesi soal jawab bersama peserta.

 

Disediakan oleh:

NAMA: NUR ATIQAH FATEHAH BINTI MOHD AZHAN

TARIKH: 4 JULAI 2021

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXERFAF~