PELAJARI SENI SILAP MATA, CARA BAHARU MENGHILANGKAN TEKANAN PELAJAR | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » PELAJARI SENI SILAP MATA, CARA BAHARU MENGHILANGKAN TEKANAN PELAJAR

PELAJARI SENI SILAP MATA, CARA BAHARU MENGHILANGKAN TEKANAN PELAJAR

Oleh : Aliah Nadhirah

Seni silap mata adalah salah satu bidang seni yang amat terkenal dan digemari ramai terutamanya dalam golongan belia. Oleh itu, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Kelab Keusahawanan (QKH2104) kumpulan 4 telah menganjurkan program komuniti dimana satu perkongsian mengenai cara mengendalikan tekanan menerusi silap mata diperkenalkan.

Pensyarah Kanan Institut Aminuddin Baki, Dr. Noor Mala binti Othman, selaku ahli panel bagi program ini berkata, keadaan pandemik ketika ini menyebabkan golongan belia mengalami tekanan atau stres yang melampau.

Antara perkara yang menyumbang kepada perkara ini ialah kesukaran pelajar dan mahasiswa dalam mendapatkan rangkaian internet untuk menghadiri kelas secara atas talian.

Maka, melalui program ini, para pelajar dapat mengetahui tip-tip baharu mengenai pengendalian tekanan serta mempelajari alternatif yang baharu dan unik dalam mengurangkan stres iaitu dengan mempelajari ilmu seni silap mata.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung ialah sesi perkongsian mengenai stres, pertandingan quizizz berkaitan stres dan silap mata, persembahan seni silap mata, sesi perkongsian seni silap mata dan permainan minda.

Gambar 1. Ceramah pengurusan stres pelajar dari Dr Noor Mala.

 

Gambar 2. Pertandingan Quizizz berkenaan seni silap mata.

 

Gambar 3. Permainan minda

Program ini diakhiri dengan jayanya dan disertai dengan ucapan oleh Kaunselor BKUPM, En Za’im bin Rosli, “Program yang sangat menarik, santai dan kreatif dalam membantu para pelajar menguruskan tekanan harian yang dialami menerusi kaedah baru iaitu seni silap mata.”

Gambar 4. Sesi bergambar pada Majlis Penutup.

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEQSA1~