PEMBENTUKAN PERSONALITI MELALUI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » PEMBENTUKAN PERSONALITI MELALUI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL

PEMBENTUKAN PERSONALITI MELALUI PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL

Oleh : Elaine Yap Yee Leng

Protokol dan etiket sosial semakin diberi perhatian oleh masyarakat dan ini terbukti dengan sambutan hangat daripada pelbagai lapisan masyarakat yang melibatkan diri dalam Seminar Pengurusan Majlis dan Protokol yang dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM.

Nur Shahira Ariffah binti Akashah, pengarah projek berkata seminar tersebut dianjurkan untuk memberi pendedahan dan pemahaman mengenai tatasusila pengendalian majlis yang sempurna.

Beliau juga berkata, projek ini dapat memberikan pengetahuan berkaitan ilmu protokol dan etiket sosial kepada umum untuk dipraktikkan dalam kehidupan harian.

Sesuai dengan tema “Pembentukan Personaliti Melalui Etika Sosial”, program ini berjaya memperkenalkan ilmu mengenai pengurusan majlis dan asas protokol majlis kepada pelajar UPM dan pelajar bukan UPM yang seramai 1074 orang penonton turut terlibat secara maya melalui siaran langsung ‘Facebook’.

Puan Norzaina Darus, penceramah jemputan Seminar Pengurusan Majlis dan Protokol yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan majlis dan protokol telah berkongsi pelbagai ilmu dan kemahiran mengenai cara pengendalian majlis.

Sesi kuiz melalui platfrom ‘Kahoot’ telah dijalankan pada akhir seminar dan melibatkan beratus-ratus penonton bertujuan untuk melihat keberkesanan seminar serta melibatkan komuniti secara langsung dalam program ini.

 

Gambar 1. Siaran langsung Seminar Pengurusan Majlis dan Protokol melalui ‘Streamyard’

 

Gambar 2. Ucapan perasmian oleh Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM, Profesor Madya Dr Nur Izura.

 

Gambar 3. Ucapan oleh Pengarah Program, Nur Shahira Ariffah binti Akashah.

 

Gambar 4. Seminar Pengurusan Majlis dan Protokol disampaikan oleh Puan Norzaina Darus.

 

Gambar 5. Sesi kuiz melalui ‘Kahoot’ selepas penamatan seminar

 

 

Disediakan oleh :

NAMA : ELAINE YAP YEE LENG

TARIKH: 21 JUN 2021

Date of Input: 09/08/2021 | Updated: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUPAG~