PETS AND VETS PROJECT | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » PETS AND VETS PROJECT

PETS AND VETS PROJECT

Oleh : Nik Muhamad Ikmal

Penjagaan kesihatan dan rawatan haiwan peliharaan perlu diambil kira sebagai tanggungjawab pemilik. Oleh itu, sekumpulan siswazah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) telah mengambil inisiatif memberi kesedaran mengenai tips penjagaan dan kesihatan haiwan peliharaan di rumah dari aspek pemakanan dan perubatan. Pelbagai aktiviti yang menarik juga turut diadakan.

Menurut Pengarah Komunikasi Royal Canin Malaysia, Dr Kevindran Krisnasamy berkata, piramid makanan haiwan berbeza dengan manusia. Setiap pemilik haiwan peliharaan harus bertanggungjawab dalam mengenal pasti keperluan ruji haiwan tersebut di samping memastikan kesihatannya terjaga.

Tambahan beliau, sikap lepas tangan dan kurang peka pemilik haiwan hanya tahu bermain dan membersihkan haiwan namun kurang pengetahuan tentang diet haiwan peliharaan haiwan mereka yang betul sehingga ia membawa kepada masalah kesihatan dan kemurungan haiwan di masa hadapan.

“Hal ini merupakan salah satu perkara yang boleh membawa kepada bentuk penderaan haiwan dimana keperluan dan kebajikan haiwan tidak terjaga dimana ianya merupakan tanggungjawab kepada pemilik haiwan peliharaan” katanya sewaktu menyampaikan Ceramah ‘Responsible Pet Ownership’ dalam Program Pets and Vets Project.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah sesi perkongsian ‘My Pets and I’, ‘Movie Night’, ‘Petlog Video Challenge’, Pertandingan infografik ‘ Animal Wonderland’, Pertandingan ‘Pet-Quiz’, dan Ceramah ‘Responsible Pet Ownership’ dimana semua program ini adalah bertujuan untuk menarik seramai mungkin penyertaan dari orang ramai dan setiap pertandingan yang dianjurkan berserta hadiah lumayan yang disediakan kepada peserta.

Gambar 1. Aktiviti ‘Movie Night’ yang dilakukan atas platform Google Meets.

 

Gambar 2. Aktiviti ceramah ‘Responsible Pet Ownership’ yang dibuat atas platform FB live.

“ Program seperti ini mampu memberi pendedahan kepada pelajar dan orang ramai mengenai tips penjagaan haiwan dari aspek asas seperti pemakanan sehingga aspek kesihatan haiwan dan diharap program ini dapat membuka mata masyarakat untuk memilih saluran yang betul dalam mengambil pengetahuan penjagaan haiwan dan bukan hanya sekadar mendengar perkongsian dalam media sosial atau internet tanpa pengiktirafan dari pakar” kata Dr Kevindran dalam Majlis Perasmian Penutup Program Pets and Vets Project yang berlansung dalam Platform ‘FB Live’.

Gambar 3. Pengumuman pemenang bagi aktiviti yang dianjurkan.

 

Disediakan oleh :

NAMA: Nik Muhamad Ikmal Idham

TARIKH : 15 Jun 2021

Date of Input: 09/08/2021 | Updated: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEYSAf~