PROGRAM ‘LIVING WITH NATURE’ MENYEDARKAN LAGI KOMUNITI TENTANG KEPENTINGAN BUMI HIJAU | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » PROGRAM ‘LIVING WITH NATURE’ MENYEDARKAN LAGI KOMUNITI TENTANG KEPENTINGAN BUMI HIJAU

PROGRAM ‘LIVING WITH NATURE’ MENYEDARKAN LAGI KOMUNITI TENTANG KEPENTINGAN BUMI HIJAU

Oleh: Nur’Aliah Aqilah Binti Fawzi

Masalah kesihatan mental yang kian meruncing menjelang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana rakyat perlu duduk di rumah dan tidak dapat keluar melepaskan penat lelah ini menjadi sebab penganjuran program ‘Living With Nature’ oleh Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia dan Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Dengan peranan sebagai sebuah platform untuk menyebar ilmu pengetahuan tentang kepentingan kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran, program yang berlangsung selama 4 minggu (5 Jun hingga 26 Jun 2021) tersebut telah berjaya melibatkan penyertaan sejumlah 140 orang peserta untuk dua program yang berbentuk pertandingan dan berjaya menarik perhatian lebih 300 orang penonton melalui siaran langsung yang dilakukan menerusi aplikasi Facebook dan Zoom.

Timbalan Pengarah, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa mengatakan bahawa tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar apabila tercetusnya pandemik covid 19 memaksa melakukan urusan seharian di rumah dan masalah itu masih berlangsung sehingga tahun 202. Segala aktiviti menjadi terbatas dan kita perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.

Beliau turut berharap orang ramai dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai aktiviti plogging dan terrarium ini. Perkara ini sedikit sebanyak dapat menggalakkan orang awam untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti berkaitan dalam usaha untuk mengekalkan keindahan alam semula jadi. pada masa yang sama program dapat mempromosi gaya hidup yang hijau sambil meningkatkan penghayatan terhadap alam sekitar kepada orang awam.

Program ‘Living With Nature’ ini dibahagikan kepada 5 bahagian, yakni 2 pertandingan iaitu ‘Plog-It-Out E-poster’ dan ‘Terrasiswa’ yang berlangsung bermula 5 Jun 2021 hingga 13 Jun 2021 serta 3 sesi perkongsian bertemakan forum ‘Plogging for Workout and Eco!’ oleh Puan Rafidah Sadarudin daripada Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia dan ‘ Terrarium- Good or Bad to have it’ oleh Dr. Mohd Firdaus bin Ismail daripada Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (12 Jun 2021) berserta dengan forum terakhir pada 26 Jun 2021 bertajuk ‘Save The Environment, Save Ourselves’ bersama moderator jemputan iaitu YBrs. Dr. Zulkhairi Azizi Zainal Abidin yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Taman Alam Dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dan 2 panel jemputan iaitu YBrs. Ts. Shamsul Bahar Bin Mohd Nor dan YB Young Syefura Othman.

Gambar 1. Siaran Langsung Sesi Perkongsian ‘Plogging for Workout and Eco!’ oleh Rafidah Sadarudin daripada Unit Kaunseling dan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia.

 

Gambar 2. Siaran Langsung Sesi Perkongsian  ‘ ‘Terrarium- Good or Bad to have it’ oleh Dr. Mohd Firdaus bin Ismail daripada Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

 

Gambar 3. Siaran Langsung Forum ‘Save The Environment, Save Ourselves’ bersama moderator jemputan iaitu YBrs. Dr. Zulkhairi Azizi Zainal Abidin yang merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Taman Alam Dan Rekreasi, Fakulti Perhutanan Dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dan 2 panel jemputan iaitu YBrs. Ts. Shamsul Bahar Bin Mohd Nor dan YB Young Syefura Othman.

“Selain daripada dapat membina komuniti yang sihat, saya percaya program ini juga dapat memupuk kesedaran dalam diri pelajar-pelajar. Kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar amat penting kepada pelajar-pelajar kerana mereka yang bertanggungjawab mencorak kesejahteraan negara dari pelbagai aspek kehidupan termasuk kesihatan tubuh badan serta kebersihan dan keindahan alam sekitar pada masa hadapan,” kata Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, YBrs. Prof. Madya Dr. Siti Suriawati Isa dalam ucapan perasmian majlis penutupan program.

 

Disediakan oleh :

NAMA : NUR’ALIAH AQILAH BINTI FAWZI

TARIKH: 30 JUN 2021

Date of Input: 09/08/2021 | Updated: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUEAh~