PROGRAM TEATRA GOT TALENT BANTU ASAH BAKAT PESERTA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » PROGRAM TEATRA GOT TALENT BANTU ASAH BAKAT PESERTA

PROGRAM TEATRA GOT TALENT BANTU ASAH BAKAT PESERTA

Oleh: Christina Tiong Sing Yee

Program Teatra Got Talent , Anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar, diadakan bagi menyemarakkan lagi warisan budaya tradisional yang semakin luput dalam kalangan generasi muda secara atas talian akibat pandemik Covid-19.

Fasilitator Kumpulan 1 Teater Tradisi Bangsawan (QKB2111-G1), Cik Norfaizah Binti Ghazali berkata, "Program Teatra Got Talent tersebut diadakan bagi menyemarakkan warisan budaya dalam generasi muda yang semakin melupakan tradisi budaya sendiri dan program ini boleh menjadi satu platform bagi mahasiswa-mahasiswa untuk menonjolkan bakat sendiri dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui kemudahan dalam talian."

Gambar 1. Pertandingan nyanyian.

Puan Flora Ilyana Othman yang turut hadir dalam perasmian penutupan program menyeru, anak-anak muda agar sedar akan kepentingan budaya warisan tradisional supaya adat-adat ini dapat dipelihara dan diwarisi generasi akan datang.

Program ini juga adalah sebahagian daripada usaha pihak universiti untuk memperkenalkan tradisi Melayu di depan mata mahasiswa-mahasiswa dengan cara melibatkan mereka dalam Program Teatra Got Talent. Dengan cara ini, ia dapat menarik minat golongan muda menghayati kecantikan budaya-budaya tradisi, bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah pertandingan nyanyian yang bertemakan P.Ramlee dan Saloma, pertandingan Lakonan Teater monolog, bacaan skrip ‘Puteri Gunung Ledang’ dan Bengkel Special Makeup Effect yang terbuka kepada penglibatan warga UPM dan orang luar.

Gambar 2. Bacaan Skrip Puteri Gunung Ledang.

 

Gambar 3. Bengkel Special Makeup Effect.

Program ini mampu memberi pendedahan dan mendidik para mahasiswa dan luar akan pesona teater dalam menarik perhatian generasi muda untuk menghayati budaya sendiri.

Gambar 4. Sesi bergambar di Majlis Penutupan Program.

 

Disediakan oleh :

NAMA : CHRISTINA TIONG SING YEE

TARIKH: 21 JUN 2021

Tarikh Input: 08/08/2021 | Kemaskini: 08/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdTAA~