TENNIS FITNESS CHALLENGE 2021 MEDAN PESERTA TONJOLKAN BAKAT | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » TENNIS FITNESS CHALLENGE 2021 MEDAN PESERTA TONJOLKAN BAKAT

TENNIS FITNESS CHALLENGE 2021 MEDAN PESERTA TONJOLKAN BAKAT

Oleh: Long Airil Aziriey

Amalan gaya hidup sihat semakin mendapat perhatian umum pada masa kini, khusunya dalam kalangan mahasiswa. Amalan gaya hidup sihat ini dilaksanakan dalam pelbagai bentuk dan cara, termasuk pemakanan sihat, tidur yang teratur, senaman, dan lain-lain. Penganjuran Tennis Fitness Challenge adalah pendekatan yang diambil oleh pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) QKS Tenis UPM dalam membantu masyarakat untuk terus keka sihat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disamping menjadikan ianya medan untuk masyarakat menunjukkan bakat masing-masing. Tennis Fitness Challenge ini diadakan di komuniti peserta dan tidak melibatkan sebarang interaksi berkumpulan secara fizikal, selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan semasa tempoh PKP.

Program ini telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat, umumnya golongan belia termasuk pelajar dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga orang awam.

Gambar 1. Sesi perasmian program.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program adalah penghasilan dan penghantaran video penyertaan, tayangan video kesihatan mental dan fizikal, aktiviti Quizizz kesihatan dan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Gambar 2. Penyertaan peserta dalam aktiviti yang dijalankan.

 

Gambar 3. Quizizz Healthy Life, Happy Life.

 

Program ini juga telah terbukti mampu mencungkil bakat para peserta, sama ada dari segi teknik senaman, kreativiti suntingan video dan sebagainya.

Gambar 4. Tanyangan video kesihatan.

Jelasnya, program ini telah sedikit sebanyak membuka mata masyarakat bahawa PKP bukanlah alasan untuk kita semua tidak kekal sihat dan aktif, dan aktiviti sukan dan senaman boleh dilakukan di perkarangan rumah tanpa melibatkan interaksi fizikal dengan individu yang lain.

 

Disediakan oleh :

NAMA: LONG AIRIL AZIRIEY BIN HAIRI

TARIKH: 26 JUN 2021

Date of Input: 08/08/2021 | Updated: 08/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEXSAL~