UPM VOCAL STAGE: TALENTED MASKED SINGER | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» ARTICLE » UPM VOCAL STAGE: TALENTED MASKED SINGER

UPM VOCAL STAGE: TALENTED MASKED SINGER

Oleh: MOHAMAD IQWAN BIN ROSLANNI

Program komuniti berbentuk projek yang dinamakan UPM Vocal StageTalented Mask Singer anjuran kelas Vokal Asas (QKB2104) Kumpulan 2, Kursus Kokurikulum Berkredit, Semester Kedua Sesi 2020/ 2021, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berlangsung dengan lancar seperti yang dirancang serta mencapai matlamat utamanya iaitu menyebarkan maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada masyarakat melalui pertandingan nyanyian serta bengkel nyanyian serta mencungkil bakat terpendam para pelajar UPM.

Melalui sokongan daripada YBhg. Prof. Dr. Arifin bin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPM dan fasilitator daripada Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM menunjukkan bahawa projek seumpama ini disambut dengan baik serta disokong penuh oleh pihak universiti kerana dengan adanya program-program berteraskan kesedaran diri dan masyarakat, para pelajar dapat meningkatkan lagi pengalaman dan kemahiran serta memupuk pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan para pelajar sendiri.

Projek UPM Vocal StageTalented Mask Singer diadakan dengan tujuan mencungkil bakat terpendam para pelajar UPM dengan menekankan konsep bakat mengatasi paras rupa dan penampilan diri. Projek ini dihasilkan oleh para pelajar yang mengambil kursus Vokal Asas (QKB2104) Kumpulan 2 dengan mengadakan pertandingan nyanyian dalam kalangan para pelajar UPM. Para peserta telah menghantar video rakaman nyanyian namun mereka telah menyampaikan lagu mereka dengan tema memakai topeng yang melindungi wajah mereka.

Pada 5 Jun 2021, terdapat dua acara telah diadakan iaitu Pertandingan Separuh Akhir yang menyaksikan 19 peserta merebut 6 tempat ke peringkat akhir serta Bengkel Nyanyian yang diadakan untuk membantu membaiki nyanyian para peserta yang mara ke peringkat akhir.

Dalam peringkat saringan, semua video yang dihantar oleh para peserta pertandingan nyanyian ditayangkan secara maya melalui platform Google Meet untuk tatapan umum yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Video para peserta telah dinilai berdasarkan vokal dan kreativiti video mereka oleh juri jemputan iaitu Encik Muhammad Syafiq Farhan Boo yang merupakan alumni dan artis UPM serta Encik Khairul Zainal Abidin yang merupakan Pegawai Kebudayaan Kanan, Pusat Kebudayaan UPM. 

Dalam sesi perkongsian ilmu berkonsepkan Bengkel Nyanyian pula, sesi ini memberi peluang kepada para peserta yang berjaya ke peringkat akhir untuk mendengar komen daripada para juri iaitu Encik Muhammad Syafiq Farhan Boo dan Encik Khairul Zainal Abidin tentang nyanyian mereka dan mereka boleh memperbaiki nyanyian mereka semasa peringkat akhir.

Pada 6 Jun 2021 pula, Peringkat Akhir pertandingan nyanyian telah diadakan. Sebanyak 6 video peserta yang telah dipilih layak ke peringkat akhir. Juri jemputan iaitu saudara Encik Muhammad Syafiq Farhan Boo dan Encik Khairul Zainal Abidin akan memilih pemenang berdasarkan pemarkahan persembahan dan daya kreativiti mereka. Sementara menunggu pemilihan pemenang dibuat oleh para juri, para pelajar kelas Vokal Asas QKB2104 Kumpulan 2, telah mempersembahkan video tayangan nyanyian dalam bentuk kumpulan. Pemenang bagi pertandingan nyanyian peringkat akhir telah diumumkan dan juri memberi komen mengenai prestasi nyanyian mereka. Segulung ucapan tahniah kepada peserta yang mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.

Projek ini dijalankan melalui platform secara maya atau atas talian dengan bantuan aplikasi seperti WhatsAppGoogle MeetFacebook, Twitter dan Instagram bersesuaian dengan peredaran zaman yang melarang kita untuk melakukan kerja secara bersemuka tatkala pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia ketika ini. Pembuatan projek yang berbentuk video pertandingan nyanyian juga adalah merupakan satu langkah yang tepat dan sesuai bagi menangani isu keselamatan para pelajar sepanjang musim COVID-19.

Pada majlis anugerah dan penutup, kategori Persembahan Video Terbaik telah dimenangi oleh peserta bernama samaran Aurum manakala Persembahan Vokal Terbaik telah dimenangi oleh peserta bernama samaran Kunyit Hidup. Seterusnya, tempat ketiga telah dimenangi sekali lagi oleh Aurum. Tempat kedua pula disandang oleh peserta bernama samaran Pinkeidora dan juara UPM Vocal StageTalented Mask Singer telah disandang oleh peserta bernama Kunyit Hidup.

Walaupun projek ini adalah pertama kalinya diadakan secara maya atau atas talian, namun sambutannya adalah tidak mengecewakan. Hal ini menunjukkan bahawa komuniti kita masih mempunyai semangat yang tinggi untuk teguh bersatu walaupun secara berjauhan agar kita dapat melawan pandemik COVID-19. Program berbentuk video pertandingan nyanyian ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada para penonton yang menontonnya.

Gambar 1. Sesi bergambar bersama peserta.

Date of Input: 09/08/2021 | Updated: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEbAAK~