242 Mahasiswa Dan Mahasiswi Meriahkan Program ‘ONE HEART’ Di Platform ‘Google Meet’ | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » 242 mahasiswa dan mahasiswi meriahkan Program ‘ONE HEART’ di platform ‘Google Meet’

242 mahasiswa dan mahasiswi meriahkan Program ‘ONE HEART’ di platform ‘Google Meet’

Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat, keprihatinan oleh golongan belia dapat dilihat dengan sambutan meriah daripada para pelajar dan pengunjung luar yang menyertai program ‘ONE HEART’ anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Persatuan Sindrom Down Malaysia, Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengarah program ‘ONE HEART‘, saudara Wong Tze Hang berkata tujuan program ‘ONE HEART’ ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, menggalakkan masyarakat untuk mempelajari dengan lebih lanjut berkaitan golongan kurang upaya serta memahami ‘suara’ mereka.

Golongan – golongan kurang upaya ini juga merupakan masyarakat yang mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.

“Banyak ilmu pengetahuan akan diperoleh oleh para peserta dan dapat memberi dorongan kepada masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan – golongan kurang upaya dalam kehidupan seharian mereka” katanya semasa majlis perasmian program ‘ONE HEART’ yang diadakan melalui pelantar ‘Google Meet’.

Antara aktiviti yang diadakan adalah kuiz ‘Kahoot’ pada pengakhiran setiap sesi, pertandingan teka silang kata dan tayangan video semasa sesi terakhir program yang terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi serta pengunjung luar yang menyertai program ‘ONE HEART’.

“Diharapkan agar program seperti ini dapat diadakan lagi di waktu akan datang kerana ia dapat memberi kesedaran kepada golongan belia serta masyarakat mengenai kepentingan menjaga hak dan kesejahteraan golongan kurang upaya” kata Encik Mohd Isnain Bin Ali, Pegawai Tadbir Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar yang hadir merasmikan majlis penutup program ‘ONE HEART’ melalui platform ‘Google Meet’.

Tarikh Input: 28/07/2021 | Kemaskini: 28/07/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDcQA1~