500 Kanak-kanak Memeriahkan Temasya Hari Kanak-kanak Cakna Autisma, Di Sunway Putra Mall | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » 500 kanak-kanak memeriahkan Temasya Hari Kanak-kanak Cakna Autisma, di Sunway Putra Mall

500 kanak-kanak memeriahkan Temasya Hari Kanak-kanak Cakna Autisma, di Sunway Putra Mall

500 kanak-kanak memeriahkan Temasya Hari Kanak-kanak Cakna Autisma, di Sunway Putra Mall

 

Oleh: Ashikin Hanafi dan Hanisah Nazaruddin

KUALA LUMPUR 8 Disember, -Kesedaran terhadap kanak-kanak autisma semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat Malaysia, ini terbukti dengan kemeriahan pengunjung ke Hari Kanak-kanak Cakna Autisma di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur yang diadakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Pegawai Intervensi (PIBI),Genius Kurnia dengan kerjasama pelajar bakti siswa kumpulan 17, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Edotco Group Sdh.Bhd.

 

       Dr. Che An Bimti Abdul Ghani, pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berkata, kita sebagai ibu bapa dan masyarakat hendaklah menyayangi golongan autisma kerana mereka juga berhak mendapat keistimewaan dan kemudahan yang dirasai oleh orang normal.

 

       Ini juga merupakan salah satu usaha dari pihak Genius Kurnia untuk memastikan bahawa masyarakat Malaysia untuk lebih cakna dan terdedah terhadap kanak-kanak autisma disekeliling mereka dengan mengadakan Temasya Hari Kanak-kanak Cakna Autisma yang dihadiri lebih 1000 pengunjung yang terdiri daripada orang awam dan 500 kanak-kanak.

 

       Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang temasya adalah menanam pokok yang dikendalikan oleh pihak Edotco Sdn.Bhd manakala pelajar UPM, telah menyediakan sebanyak lapan slot permainan untuk kanak-kanak yang sesuai dilakukan oleh kanak-kanak autisma seperti mewarna, bermain tanah liat dan spider web.

 

        Selain itu, pelajar UPM juga mengendalikan senamrobik pada permulaan program dengan menggunakan lagu kanak-kanak seperti Chocolate dance, Penguin dance dan Xi Shua Shua dance yang telah disertai oleh para ibu bapa, guru-guru dan kanak-kanak.

 

       Temasya Hari Kanak-kanak Cakna Autisma turut dimeriahkan dengan tetamu jemputan, Shafie Naswip yang mengendalikan cabutan bertuah dan Ras Adiba telah mempersembahkan lagu Negaraku menggunakan bahasa isyarat.

 

        Program ini mampu memberikan pendedahan tentang golongan autisma terhadap para pengunjung yang hadir ke Temasya Hari Kanak-kanak Cakna Autisma seperti petikan Steward Duncan “Autisma bukanlah sesuatu kecacatan tetapi ianya ialah satu kelebihan yang berbeza”.

 

Tarikh Input: 26/12/2019 | Kemaskini: 26/12/2019 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEaJAp~