FORUM MAYA SILAT CEKAK TARIK MINAT MAHASISWA PELAJARI SILAT CEKAK | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » FORUM MAYA SILAT CEKAK TARIK MINAT MAHASISWA PELAJARI SILAT CEKAK

FORUM MAYA SILAT CEKAK TARIK MINAT MAHASISWA PELAJARI SILAT CEKAK

Oleh: Nur Izz Dayana

Forum Silat Cekak telah diadakan secara maya di platform media sosial ‘Facebook’ oleh Kursus Kokurikum Pengenalan Silat Cekak Malaysia di mana panel jemputan yang terlibat dalam forum tersebut ialah Dato’ Mohd Khalis Abd Rahim yang merupakan Ketua Pegawai Modal Insan di Malaysian Airlines Berhad dan Dr. Faezah Sabirin iaitu seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara Sungai Buloh.

Forum maya tersebut berusaha untuk membawa silat cekak kepada pengetahuan ramai dari segi kelebihan dan disiplin diri yang dapat menyumbang kepada kemajuan generasi akan datang bersesuaian dengan tema program iaitu “Membina Kemahiran Insaniah, Menjana Modal Insan Berintegriti” bagi melahirkan komuniti yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Dato’ Khalis berkata, penglibatan diri dalam seni pertahanan diri silat cekak dapat membantu setiap mahasiswa untuk menghargai masa dalam kehidupan seharian bukan sahaja ketika mengikuti jadual kelas universiti sahaja tetapi ketika menjalani aktiviti harian juga kerana silat memerlukan seseorang untuk membahagi dan menggunakan masa dengan baik.

Kedua-dua ahli panel jemputan tidak henti-henti berkongsi cerita mengenai pengalaman mereka ketika masih belajar di universiti dengan harapan supaya setiap perkongsian tersebut dapat dijadikan motivasi dalam mencapai impian masing-masing.

Gambar 1. Nur Asyikin bertugas sebagai moderator Forum Maya Silat Cekak.

Dr. Faezah dan Dato’ Khalis juga turut menyampaikan ilmu mengenai apa yang perlu ada dalam diri setiap pelajar untuk menempuh alam pekerjaan seperti kualiti yang diinginkan oleh setiap syarikat di luar sana dalam pemilihan pekerja di mana ia dapat membantu para pelajar untuk lebih bersedia.

Gambar 2. Dato’ Khalis Abd Rahim menyampaikan ilmu kepada para pelajar.

 

Gambar 3. Dr. Faezah Sabirin berkongsi pengalaman beliau

Program forum maya tersebut dipercayai dapat menarik minat para pelajar bagi mendaftarkan diri untuk mempelajari silat cekak sebagai usaha untuk menjadi pelajar yang berdaya saing dan lebih berani menyahut cabaran untuk menjadi lebih baik dalam kalangan yang terbaik.

 

Disediakan oleh,

NAMA: NUR IZZ DAYANA BINTI DIASIN

TARIKH: 10 JULAI 2021

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdPAG~