KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL BUAT UMAT ISLAM | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL BUAT UMAT ISLAM

KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL BUAT UMAT ISLAM

Syawal merupakan salah satu bulan terbaik yang penuh keistimewaan, selepas bulan Ramadan bagi umat Islam. Umat Islam dianjurkan untuk semakin meningkatkan ibadah dan amalan kepada Allah SWT pada bulan Syawal. Jadi amalan pada bulan Ramadhan tidak hanya berakhir di bulan puasa saja, namun terus berlanjutan dan ditingkatkan pada bulan Syawal.

Keistimewaan bulan Syawal adalah dengan melaksanakan ibadah sunnah. Salah satu ibadah sunnah yang terkenal pada bulan Syawal adalah puasa 6 hari di bulan Syawal. Namun, tidak hanya puasa 6 hari saja yang membuat bulan Syawal menjadi semakin istimewa malah banyak lagi keistimewaan yang boleh didapati. Antaranya:

1) Bulan kembali ke Fitrah

Syawal adalah bulan kembalinya umat muslim kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. Pada tanggal 1 Syawal, umat muslim kembali makan pagi dan diharamkan untuk berpuasa pada tanggal tersebut.

Datangnya bulan Syawal membawa kemenangan bagi umat muslim yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan, dan menjadi lambang kemenangan dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang besar, iaitu hawa nafsu.

2) Melaksanakan pernikahan

Keistimewaan seterusnya adalah melaksanakan pernikahan. Sering kali kita lihat selepas hari raya Aidilfitri banyak umat Islam yang melaksanakan pernikahan atau kenduri kahwin. Menikah pada di bulan Syawal merupakan suatu kebaikan bagi melaksanakannya. Seperti yang dikisahkan dalam hadis muslim dari isteri rasul Aisyah RA:

“Rasulullah SAW menikahiku pada bulan Syawal dan mengadakan malam pertama dengan aku di bulan Syawal. Manakah isteri beliau yang lebih mendapat perhatian selain aku?” (HR. Muslim, An Nasa’i).

Oleh itu, menikah di bulan Syawal merupakan salah satu sunnah rasul, dimana Nabi Muhammad SAW menikah pada bulan Syawal.

Brunei ikut jejak Malaysia larang akad nikah di rumah bagi kekang Covid-19  - Utusan Malaysia

3) Bulan silaturahim

Seterusnya bulan syawal adalah bulan silaturahim yang merupakan salah satu ibadah yang sudah menjadi tradisi di bulan Syawal. Salah satu keistimewaan bulan Syawal ini biasanya dilakukan dengan pelbagai aktiviti seperti ziarah-menziarahi  sedara mara jauh dan dekat serta saling bermaafan dengan keluarga, jiran tetangga, dan kawan-kawan.

Kapan Saja, Silaturahim Tidak Harus Tunggu Momentum

Jadi tidak heran lah bulan Syawal begitu istimewa dengan menjadi salah satu bulan dimana kebanyakan umat Islam bersilaturahim.

Jelas bahawa bulan Syawal merupakan bulan yang penuh berkah dan ampunan daripada Allah SWT dengan silaturahim dan bermaaf-maafan yang dilaksanakan oleh seluruh umat islam.

- Haraki Artikel

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXFZTAQ~