KEKAL AKTIF SEMASA PKP BERSAMA KURSUS HOKI X EVOMANIA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » KEKAL AKTIF SEMASA PKP BERSAMA KURSUS HOKI X EVOMANIA

KEKAL AKTIF SEMASA PKP BERSAMA KURSUS HOKI X EVOMANIA

Oleh: Nur Afiefa Irisha Binti Abdul Muied

Usaha untuk memiliki tubuh badan yang sihat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kalangan masyarakat telah terbukti apabila ramai yang mendaftarkan diri mereka dalam Program Virtual Workout Challenge Evomania For Health yang dianjurkan oleh Kursus Kokurikulum Hoki Berkredit (QKS2106) dengan kerjasama Evomania Nutrition melalui Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar.

Ahli Kursus Kokurikulum Hoki Berkredit (QKS2106) berpendapat bahawa komuniti haruslah sentiasa mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan mereka walaupun tidak dapat mejalani kehidupan di luar rumah seperti biasa. Jadi, Program Virtual Workout Challenge Evomania For Health yang telah diadakan sedikit sebanyak berjaya menerapkan unsur gaya hidup sihat dalam rutin harian komuniti di Malaysia. Dengan adanya program sebegini, maka tercapailah objektif Ahli Kursus Kokurikulum Hoki Berkredit (QKS2106) bagi memastikan komuniti di Malaysia sentiasa termotivasi untuk kekal sihat dan cergas agar diri terhindar daripada penyakit.

Penyertaan untuk program ini bukan sahaja percuma, tetapi para peserta turut diberikan diskaun promosi produk evomania sebanyak 10% potongan harga dengan menggunakan ‘promo code’ evomania iaitu UPM10 dan perserta boleh mendapatkan produk mereka di . Selain itu, peserta turut diberikan sijil penyertaan dan merit (bagi pelajar UPM).

Penggunaan aplikasi ‘Instagram’ dan ‘Facebook’ menjadi medium yang menghubungkan komuniti luar dengan pihak penganjur di samping mempromosikan program ini untuk menambahkan lagi bilangan penyertaan. Selain itu, orang ramai juga boleh menyaksikan Majlis Perasmian dan Majlis Penutupan Program Virtual Workout Challenge Evomania For Health di ‘Home Page’ Facebook program ini.

Gambar 1. Sesi perasmian program.

Program telah berlangsung dari 5 Jun 2021 hingga 26 Jun 2021 tetapi waktu yang diberikan kepada peserta untuk menghantar penyertaan bermula 5 Jun 2021 hingga 11 Jun 2021. Disebabkan program ini kurang mendapat sambutan pada awalnya, pihak penganjur telah pun mempergiatkan lagi promosi program. Oleh itu, tempoh penyertaan telah dipanjangkan dari 5 Jun 2021 hingga 18 Jun2021. Antara aktiviti yang dijalankan bermula 5 Jun 2021 sehingga 26 Jun 2021 ialah pengumpulan video yang berdurasi antara 1 hingga 3 minit yang memaparkan jenis-jenis senaman yang boleh dilakukan di rumah sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan PKP ini. Insentif hadiah berbentuk duit turut disediakan kepada lima orang pemenang untuk membakar semangat mereka bagi menyerlahkan lagi kreativiti dalam pemilihan jenis aktiviti dan suntingan video serta teknik senaman yang betul.

 

Gambar 2. Video para peserta pertandingan.

Gambar 3. Video pemenang ditayangkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah menjalankan program yang boleh membuka mata masyarakat untuk kekal aktif walaupun sewaktu pandemik covid-19 di rumah masing-masing.”, kata Johan Program Virtual Workout Challenge Evomania For Health iaitu Muhammad Abdul Halim Bin Othman dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Google Meet pada 26 Jun 2021.

Gambar 4. Sesi bergambar di Sesi Majlis Penutupan Program.

 

Disediakan oleh :

NAMA : NUR AFIEFA IRISHA BINTI ABDUL MUIED

TARIKH: 6 JULAI 2021

Tarikh Input: 08/08/2021 | Kemaskini: 16/02/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEbJAh~