MAHASISWA-MAHASISWA MENYERTAI PROGRAM BIMBINGAN PERMULAAN PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » MAHASISWA-MAHASISWA MENYERTAI PROGRAM BIMBINGAN PERMULAAN PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN

MAHASISWA-MAHASISWA MENYERTAI PROGRAM BIMBINGAN PERMULAAN PERNIAGAAN SECARA ATAS TALIAN

Oleh: Tai Jia Yi

Ini terbukti bahawa sambutan meriah daripada para mahasiswa pelbagai Institusi Pengajian Tinggi yang menyertai Program Bimbingan Permulaan Perniagaan secara atas talian anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama YOSH MyFundAction.

Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Belia YOSH MyFundAction sebagai penceramah pembimbing jemputan khas, Dr Ghafur berkata, Program Bimbingan Permulaan Perniagaan diadakan bagi memastikan mahasiswa-mahasiswa kini peka dengan kemahiran permulaan perniagaan sendiri serta memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswa dan belia.

Gambar 1. Program bimbingan permulaan perniagaan bersama Dr. Ghafur.

Beliau berkata, kemahiran permulaan perniagaan untuk menguruskan perniagaan dengan baik bukan sahaja boleh didapati dalam buku-buku tetapi juga boleh memperoleh kemahiran tersebut melalui pengalaman sendiri, risiko yang telah diambil dan lain-lain.

“Nak mulakan bisnes, jangan tunggu lama-lama, kerana dengan peluang yang sedia ada bukan sentiasa wujud,” katanya semasa upacara perasmian Program Bimbingan Permulaan Perniagaan secara atas talian yang dihadiri oleh kira-kira 40 orang penonton.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah penceramah berkongsi idea, ilmu, pengalaman panel, kuiz dan sesi Q&A mengenai proses memulakan perniagaan dan sebagainya aktiviti terbuka kepada semua termasuk orang luar supaya mereka yang ingin memulakan perniagaan mampu bermula walaupun tidak mempunyai apa-apa pengetahuan permulaan perniagaan.

Gambar 2. Aktiviti soal jawab bersama Dr. Ghafur.

“Program tersebut dapat menggalakkan mahasiswa-mahasiswa dan orang luar untuk memulakan perniagaan sendiri dengan yakin supaya menyelesaikan masalah pengangguran yang dihadapi oleh sesetengah penonton dan mendapatkan pendapatan untuk menyara diri sendiri dan ahli keluarga semasa pandemik COVID-19,” kata panel-panel dari Kursus Keusahawanan Siswa Kumpulan 2 semasa sesi bual bicara secara atas talian.

Gambar 3. Sesi bual bicara bersama panel QKH2104.

 

Disediakan oleh :

NAMA : Tai Jia Yi

TARIKH: 9.7.2021

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDcUAy~