“MAHU MASYARAKAT LEBIH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP WARGA TUA” | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » “MAHU MASYARAKAT LEBIH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP WARGA TUA”

“MAHU MASYARAKAT LEBIH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP WARGA TUA”

“MAHU MASYARAKAT LEBIH BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP WARGA TUA”

 

Kajang, Selangor :- Seramai 30 orang pelajar Universiti Putra Malaysia telah mengadakan program khidmat komuniti bertempat di Pusat Jagaan Siti Nor Aini, Kajang, Selangor. Program ini dijayakan dengan kerjasama Putra Bakti, Sahabat Masjid dan juga masyarakat setempat di kawasan tersebut.

Berlangsung selama dua hari, Spreading Smile mempunyai tujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan pelajar akan kepentingan menjaga dan menyayangi warga emas memelihara warga emas selain mendidik masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Dari segi kemahiran pula, meningkatkan Kemahiran Insaniah dalam diri pelajar antaranya seperti sifat kepimpinan, kemahiran berkomunikasi dan juga kerjasama dalam kumpulan.

Menurut Pengarah Program, Muhd Anas Suhaimi “Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dan berinteraksi dengan penghuni yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat usia sama ada muda atau tua di samping menjalinkan hubungan silaturahim.”

Ujar beliau lagi “Nilai-nilai murni seperti memupuk perasaan belas kasihan dan ihsan yang perlu diterapkan kepada mahasiswa universiti supaya kita mempunyai keperibadian yang tinggi.”

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan untuk memastikan program tersebut mencapai matlamat yang disasarkan seperti senaman ringan, beramah-mesra dan sebagainya.

Tarikh Input: 23/01/2020 | Kemaskini: 23/01/2020 | hairulnizam

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEYFA7~