MODUL PEMAHAMAN DAN AMALAN RUKUN NEGARA MULAKAN LANGKAH | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » MODUL PEMAHAMAN DAN AMALAN RUKUN NEGARA MULAKAN LANGKAH

MODUL PEMAHAMAN DAN AMALAN RUKUN NEGARA MULAKAN LANGKAH

Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Bengkel Modul Pemahaman dan Amalan Rukun Negara untuk memelihara satu cara hidup yang demokratik dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bengkel di bawah pengurusan Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) membabitkan seramai 30 orang penulis topik dari kalangan pensyarah pelbagai fakulti mengikut kepakaran masing-masing dalam aspek Rukun Negara.

Tujuan utama bengkel ini dilaksanakan adalah penghayatan dan pengamalan prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia semakin pudar khususnya dalam kalangan belia. Perlunya ada satu usaha murni bagi memberi nafas baharu dan memupuk Kembali semangat serta roh Rukun Negara dalam kalangan belia.

Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Dr. Omrah Hassan @ Hussin menzahirkan penghargaan kepada semua peserta bengkel yang terlibat dalam pembangunan modul ini.

Beliau juga turut menyatakan bahawa modul ini akan diterapkan kepada pelajar melalui program/aktiviti yang tidak berkredit untuk membangunkan sahsiah, jati diri serta rasa cinta kepada Negara di kalangan pelajar.

Modul Pemahaman dan Amalan Rukun Negara ini akan diperhalusi melalui beberapa bengkel yang akan dikendalikan kelak dan diterbitkan pada tahun ini juga.

Moga dengan penghayatan terhadap Rukun Negara akan menjadikan rakyat Malaysia lebih patriotik dan nasionalis.

Tarikh Input: 14/01/2023 | Kemaskini: 14/01/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEYUAR~