PERTANDINGAN UPM FREESTYLE TAKRAW | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » PERTANDINGAN UPM FREESTYLE TAKRAW

PERTANDINGAN UPM FREESTYLE TAKRAW

Oleh: Ahmad Firdaus Solehin bin Mohd Asmi

Seramai 55 orang peserta telah menyertai pertandingan ini termasuklah kanak-kanak berumur 7 tahun serta peserta yang berumur 50 tahun. Para peserta yang menyertai pertandingan ini juga datang dari pelbagai negeri. Semasa majlis perasmian penutupan dijalankan pada 26 Jun 2021, seramai 131 orang penonton telah terlibat dalam program ini termasuk semua peserta yang menyertai Pertandingan UPM Freestyle Takraw anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Kursus Kokurikulum Berkredit (QKS2109) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini dijalankan untuk memberi peluang kepada khalayak ramai untuk menyerlahkan bakat yang mereka ada dalam sukan sepak takraw serta sekaligus menarik minat orang awam terutama golongan muda untuk lebih mengenali sukan ini kerana sepak takraw merupakan permainan tradisi masyarakat Melayu dan ianya adalah sangat merugikan sekiranya permainan ini hilang ditelan zaman.

Selain itu, program ini dapat memberi latihan kepada pelajar UPM semasa membuat perancangan dan mengurus tadbir sesebuah program. Oleh itu, pelajar UPM akan mempunyai kelebihan apabila mereka perlu menganjurkan program di masa hadapan.

Seramai 7 orang pemenang yang telah dipilih oleh ketua juri, Encik Mohd Hafizie Manap berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Johan yang dirangkul oleh Zarlizan Zakaria mendapat hadiah sebanyak RM 200, diikuti dengan Anas Muhaimin sebagai naib johan menerima RM 100, tempat ketiga iaitu Mustakim Zainordin menerima RM 50. Pemenang saguhati iaitu Iskandar Zulkarnain, Sharizal Mokhtar, Imran Akmal Kamarudin dan Muhammad Hanif Hamid pula menerima RM 20 seorang.

Gambar 1. Majlis Penutupan Program.

 

Pertandingan UPM Freestyle Takraw telah diadakan selama satu minggu iaitu dari 19 Jun 2021 sehingga 25 Jun 2021 bagi memberikan masa yang secukupnya kepada peserta untuk menghantar video penyertaan. Majlis Perasmian Penutupan Program Pertandingan UPM Freestyle Takraw pula telah berlangsung pada 26 Jun 2021 selama satu jam iaitu bermula dari pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang.

 

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXFCGAG~