PROGRAM DISKUSI “LEPAK SANTAI FUTSAL” | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » PROGRAM DISKUSI “LEPAK SANTAI FUTSAL”

PROGRAM DISKUSI “LEPAK SANTAI FUTSAL”

Satu program diskusi Lepak Santai Futsal yang memberi banyak impak dari segi pengalaman dan pandangan dari panel jemputan yang tidak asing dari sukan futsal dan telah dilaksanakan di platform media sosial Facebook Live dan Syreamyard pada tarikh 26 Jun 2021 pada jam 11 pagi. Program ini dianjurkan oleh Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Kursus Futsal (QKS2104) dengan kerjasama Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM. Panel jemputan program diskusi ini adalah Puan Farhana Binti Abdullah iaitu Ketua Jurulatih pasukan Futsal Wanita UM dan kursus pengajar AFC dan tetamu jemputan kedua ialah Cik Nur Izzati Binti Khairuddin iaitu pemaian Futsal Wanita Kebangsaan dan juga pemain futsal wanita MPFL.

Program yang bertemakan santai ini telah disertai oleh 166 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga komuniti-komuniti luar. Tujuan program ini adalah untuk memupuk keperihatinan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar UPM dengan masyarakat luar khususnya kepada masyarakat dalam media sosial. Selain itu, ianya dapat menerangkan tentang dasar, prinsip, dan konsep yang terdapat di dalam sukan futsal dengan lebih terperinci. Peserta juga diberi peluang untuk mendengar perkongsian pengalaman daripada tetamu-tetamu jemputan itu sendiri dan menyertai sesi soal jawab secara langsung bersama mereka selama 2 jam.

Melalui program diskusi ini peserta dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang cabaran dan pengalaman hasil perkongsian daripada dua ahli panel jemputan. Hasil perkongsian ini juga diharapkan dapat melahirkan komuniti yang memartabatkan sukan futsal sebagai sukan yang dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat. Selain itu juga, antara objektif program ini adalah untuk memartabatkan futsal sebagai permainan yang disukai dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, memperkenalkan permainan futsal kepada masyarakat bermula dari peringkat sekolah rendah. Seterusnya dapat memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar sekaligus melahirkan sifat kompetitif yang mampu membina masyarakat dan mewujudkan dan menerapkan nilai-nilai kemahiran dan kepimpinan dalam kalangan pelajar terutamanya dalam melaksanakan dan menjayakan sesuatu program.

Gambar 1. Sesi perkongsian.

Melalui program ini juga, hubungan mesra dapat dijalankan antara pelajar dengan komuniti masyarakat terutamana komuniti di media sosial. Bukan itu sahaja, masyarakat juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai futsal seperti asas-asas bermain futsal. Selain itu, program ini dapat memberikan pengalaman dan pendedahan kepada pelajar dalam menguruskan satu program. Selain itu, program ini mampu mengasah dan menggilap kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar dan ahli jawatankuasa pelaksana khasnya ke arah mencapai Generic Student dan seterusnya, program ini dapat menaikkan nama dan visibiliti Universiti Putra Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Gambar 2. Sesi soal jawab.

Akhir sekali, program ini dapat dijalankan secara lancar dengan adanya usaha dan kerjasama daripada pemantau serta para pelajar. Penglibatan yang aktif oleh komuniti juga menyumbang kepada kejayaan program ini. Diharapkan bahawa objektif program ini dicapai dan komuniti akan tahu akan dasar, prinsip dan konsep yang terdapat di dalam sukan futsal.

Tarikh Input: 09/08/2021 | Kemaskini: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEbHA2~