PROGRAM SEMINAR MICROSOFT WORD DAN MICROSOFT EXCEL TUTORIAL, MEMBINA GENERASI BERKEBOLEHAN | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » PROGRAM SEMINAR MICROSOFT WORD DAN MICROSOFT EXCEL TUTORIAL, MEMBINA GENERASI BERKEBOLEHAN

PROGRAM SEMINAR MICROSOFT WORD DAN MICROSOFT EXCEL TUTORIAL, MEMBINA GENERASI BERKEBOLEHAN

Oleh: Biro Special Task

Seramai 120 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan orang awam menghadiri ke Program Seminar Microsoft Word dan Microsoft Excel Tutorial yang diadakan pada 5 dan 12 Jun 2021. Program ini dianjurkan oleh Kumpulan 6 Bakti Siswa dengan bimbingan penasihat Kommathy A. Gonaselan bagi memperkasakan kemahiran menggunakan Microsoft Office.

Seminar ini dianjurkan secara atas talian di Facebook (FB) live Bakti Siswa Enam bagi mengatasi kekangan semasa iaitu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang meminimumkan pergerakan peserta dan penganjur. Namun begitu, program yang bermanfaat ini telah berjaya dijalankan sepenuhnya atas talian dan berjaya menarik minat ramai peserta untuk mengikutinya.

Program yang diadakan merangkumi tiga subprogram iaitu Program Seminar Microsoft Word, Program Seminar Excel dan eBrochure dan Watch and Guess.

Penganjuran subprogram Seminar Microsoft Word dan Excel ini mementingkan ilmu kemahiran yang merupakan asas penting dan tiket kemajuan untuk para pelajar gunakan dalam alam kerjaya kelak. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan masyarakat yang kreatif dalam menghasilkan karya kerja sekaligus menaikkan nama dan imej negara sebagai negara yang berprestij tinggi dalam alam kerjaya.

Selepas Seminar Microsoft Word dan Excel diadakan, isi kandungan subprogram ini disemak dan dibentangkan dalam bentuk eBrochure oleh pelajar dari Kumpulan 6 Bakti Siswa. eBrochure adalah bertujuan untuk meringkaskan kandungan di dalam seminar tersebut dan memudahkan peserta merujuk semula tanpa merujuk pada video FB live seminar tersebut.

Sebagai menghargai perjalanan program ini, Kumpulan 6 Bakti Siswa telah mengadakan subprogram Watch and Guess. Di dalam subprogram ini, peserta dipertontonkan klip video daripada filem bertemakan Information Technology (IT) dan diadakan sesi kuiz berkaitan klip video tersebut. Seramai 3 orang peserta telah dipilih sebagai pemenang di dalam subprogram tersebut.

Program Seminar Microsoft Word dan Microsoft Excel Tutorial mampu memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar untuk menjayakan sesebuah program disamping dapat bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan yang sedia ada kepada para pelajar yang lain selaras dengan moto Universiti Putra Malaysia (UPM) “Berilmu, Berbakti”.

Tarikh Input: 05/08/2021 | Kemaskini: 05/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZNAI~