Program Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa@UPM 2021 | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Program Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa@UPM 2021

Program Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa@UPM 2021

Oleh : Nadhirah Aqilah

PROGRAM KOMUNITI, 05-19 Jun 2021, - Program Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa@UPM 2021 telah mendapat sambutan yang meriah daripada pelajar dan e-komuniti iaitu  anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Universiti Putra Malaysia.

Menurut Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Nur Izura binti Udzir sewaktu ucapan perasmiannya “Program Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa@UPM 2021” adalah program yang wajar dianjurkan kerana ianya merangkumi segala aspek dalam memberi pengetahuan serta kehidupan pelajar dan juga masyarakat pelbagai umur untuk terus berbakti kepada negara yang tercinta.

Beliau juga turut berkata, “Program Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa@UPM 2021” ini juga boleh dijadikan sebagai satu program yang dapat membantu pelajar daripada segi meningkatkan kemahiran berkumpulan kerana dengan mengendalikan program ini mereka berkerjasama menjayakan program ini”.

Gambar 1. Ucapan perasmian oleh Prof Madya Dr. Nur Izura binti Udzir .

 

“Program ini juga telah membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengendalikan program atas talian walaupun dalam situasi pandemik sekarang telah memberikan cabaran yang besar kepada semua pelajar tetapi dengan adanya teknologi yang semakin canggih ini, malah dapat menambahkan lagi pengetahuan pelajar serta memberikan pengalaman kepada mereka” kata beliau di Majlis Perasmian Program Seribu Jiwa Membina Satu Komuniti Siswa@UPM 2021 yang disertai oleh kira-kira 100 orang peserta di ‘YouTube Live’.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah ceramah dan pengkongsian yang bertajuk “How to Stay Healthy and Focus During Online Classes” yang membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelajar dan impak yang akan berlaku sewaktu pembelajaran di atas talian yang dilalui oleh semua pelajar ini.

Gambar 2. “Talk: How To Stay Healthy And Focus During Online Classes”.

 

Gambar 3. “Talk: Multitasking: Yay or Nay”.

 

Gambar 4. Bengkel English Empowerment.

 

Gamabar 5. “Talk: Sambutan Hari Bumi: Merenung Semula Hubungan Kita Dengan Bumi”.

 

Program sebegini amatlah sesuai dengan moto Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu ‘Berilmu dan Berbakti’ dimana pelajar bukan sahaja menimba ilmu pengetahuan malah dapat berbakti kepada seluruh masyarakat di Malaysia. Dengan adanya program ini pelajar Qkk2101(Bakti siswa) kumpulan 16,  dapat meningkatkan kemahiran berkumpulan mereka dalam masa yang sama dapat memupuk etika dan profesionalisme dalam kalangan pelajar” kata Prof Madya Dr. Nur Izura binti Udzir, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti Putra Malaysia yang turut hadir merasmikan program ini.

 

Disediakan oleh :

NAMA : NUR NADHIRAH AQILAH BINTI MOHAMAD DZUHAIMIN

TARIKH: 30/6/2021

Tarikh Input: 04/08/2021 | Kemaskini: 04/08/2021 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEaHA5~