Pupuk Semangat Kemerdekaan Dalam Kalangan Generasi Muda | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » Pupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda

Pupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan generasi muda

Setiap kali tiba 31 Ogos, rakyat Malaysia biasanya akan bergembira bukan hanya kerana ia adalah hari cuti umum kebangsaan, tetapi itulah juga peluang kita merenungi pencapaian negara dalam pelbagai aspek.

Tidak kurang juga ada dalam kalangan rakyat yang akan mengimbau kembali bibit perjuangan dan pengorbanan dilalui oleh ahli keluarga atau mungkin nenek moyang dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan dan kesejahteraan negara seperti yang dikecapi hari ini.

Mungkin bagi generasi baharu, perjuangan dan pengorbanan itu hanya didengar dan difahami daripada kisah yang diceritakan oleh ibu bapa atau datuk nenek selain menerusi buku teks sekolah, gambar, video, lokasi sejarah serta mungkin artifak yang dapat diakses daripada pelbagai medium.

Aktiviti seperti ini perlu diteruskan dan dipupuk supaya generasi akan datang terus memahami bahawa negara tercinta ini penuh dengan sejarah perjuangan dan pengorbanan.

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEcXAv~