TOKOH KEMERDEKAAN WANITA MALAYSIA | PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
» ARTIKEL » TOKOH KEMERDEKAAN WANITA MALAYSIA

TOKOH KEMERDEKAAN WANITA MALAYSIA

Seperti yang kita sedia maklum, jika dilihat pada sejarah, nama-nama tokoh kemerdekaan wanita tidak terlalu menonjol.

Nama-nama yang menjadi sebutan masyarakat hari ini adalah seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Tunku Abdul Rahman dan beberapa lagi tokoh yang disebut di dalam buku sejarah pelajar sekolah.

Tokoh wanita ini tidak menjadi tumpuan masyarakat tetapi pengorbanan mereka amatlah besar.

Antara gambar tokoh kemerdekaan wanita ialah Khatijah Sidek, yang memperjuangkan dan menyuarakan hak kaum wanita secara terbuka. Perjuangan beliau telah menyebabkan hampir 10,000 wanita melibatkan diri dalam menyertai UMNO untuk kemerdekaan negara di bawah kepimpinannya.

Beliau juga mendapat gelaran Puteri Kesateria Bangsa. Kelantangan suara beliau mempertahankan hak-hak wanita menyebabkan banyak hak-hak wanita terbela dan terpelihara. Hal ini telah menjadikan figura ini tokoh kemerdekaan wanita yang hebat dan dikenang sampai ke hari ini. 

Seterusnya, tokoh terkenal seperti Suriani Abdullah merupakan pejuang kemerdekaan yang menentang Jepun dan British. Perjuangan beliau adalah memperjuangkan kebajikan golongan buruh dan wanita dengan menjadi telinga terhadap keluhan dan masalah mereka.

Beliau mendapat gelaran “Serikandi Anti-Jepun” kerana pengorbanan beliau dalam mencapai kemerdekaan menentang Jepun sehingga dirinya pernah ditangkap, diseksa dan ditikam oleh tentera Jepun.

Tokoh kemerdekaan wanita yang juga tercatat di dalam sejarah ialah Shamsiah Fakeh atau dikenali sebagai Ratu Rimba Malaya. Seorang yang kental dalam memperjuangkan tanah air, di mana beliau sering masuk ke dalam hutan kerana semangat dan kesetiannya terhadap negara Tanah Melayu.

Beliau juga memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan menentang parti-parti berhaluan kiri demi kesejahteraan negara.

Nama yang mengukir sejarah sebagai tokoh kemerdekaan wanita ialah Aishah Ghani yang merupakan senator wanita pertama. Beliau menjadi wanita pertama yang menjadi wakil ke perhimpunnan agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memperjuangkan hak wanita.

Beliau berpendapat peranan kaum wanita terhadap kemajuan bangsa dan negara pada masa hadapan, bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu dan isteri semata-mata.

Tuntasnya, empat (4) tokoh kemerdekaan wanita ini hebat dalam melakar sejarah Malaysia yang hari ini kita kecapi.

 

Tarikh Input: 30/08/2023 | Kemaskini: 30/08/2023 | muhamadzulwaqa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdAAi~