Fasilitator program, Rahmawati Nurdin berkata, program itu merupakan sebahagian daripada aktiviti sosial yang bertujuan menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar selain mendekati masyarakat dan komuniti luar.

 

“Pelbagai aktiviti diatur sepanjang program antaranya gotong-royong membersihkan tanah perkuburan dan surau, agih sumbangan kepada keluarga miskin dan melukis mural,” katanya kepada Utusan Malaysia. - UTUSAN ONLINE