BENGKEL BATIK MENYATUKAN KOMUNITI DI UPM | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » BENGKEL BATIK MENYATUKAN KOMUNITI DI UPM

BENGKEL BATIK MENYATUKAN KOMUNITI DI UPM

SERDANG 7 Januari - Batik merupakan karya seni sejak turun-temurun lagi yang menyatukan perpaduan kaum dan merupakan simbolik kekayaan warisan budaya di negara ini. Ini terbukti dengan sambutan meriah daripada para pelajar dan pengunjung luar yang berkunjung ke Bengkel Batik anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar.

 

Encik Abdul Jalil Bin Toha @ Tohara ataupun lebih dikenali sebagai Aleng Tohara yang juga merupakan sebagai perasmi majlis Bengkel Batik berkata Bengkel Batik ini diadakan bertujuan untuk memastikan generasi milenia didedahkan dengan karya seni batik dan supaya karya seni batik bukan hanya dilihat sebagai sebuah karya seni tetapi juga sebagai satu simbol khazanah negara.

Beliau juga turut melahirkan rasa syukur dan bangga keatas penyertaan yang memberangsangkan dari para pelajar dan pihak luar yang berbeza umur dan bangsa. Ini membuktikan bahawa karya seni batik disanjungi oleh semua lapisan masyarakat dan budaya. Beliau juga mengatakan bahawa tidak terlambat untuk seseorang menceburi seni batik kerana apa yang lebih penting ialah minat dan usahanya.

 

Bengkel Tie Dye

Bengkel Tie Dye merupakan bengkel dimana para peserta diberi tunjuk ajar dan penerangan diawal bengkel tentang cara mewarna tie dye di baju tshirt dan juga tentang warna asas dan campuran warna sebelum mereka dapat menghasilkan sendiri hasil tangan mereka mengikut kreativiti mereka sendiri. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang hasil tangan mereka diakhir bengkel tersebut.

 

Bengkel Mewarna Batik Kit

 Bengkel Mewarna Batik Kit pula merupakan bengkel dimana para peserta diberi tunjuk ajar dan penerangan di awal bengkel tentang mewarna batik di atas lukisan yang sedia ada dengan cara yang kemas dan teratur. Para peserta diberi kelonggaran untuk memilih lukisan pilihnya untuk diwarnakan. Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang hasil tangan mereka diakhir bengkel tersebut.

Oleh Farah Helmi

Date of Input: 24/05/2023 | Updated: 24/05/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXETNAj~