“BOW BASICS BOOTCAMP: STARTING YOUR ARCHERY JOURNEY” 2024 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » “BOW BASICS BOOTCAMP: STARTING YOUR ARCHERY JOURNEY” 2024

“BOW BASICS BOOTCAMP: STARTING YOUR ARCHERY JOURNEY” 2024

Oleh: SOFEA ERYSHA BINTI JOENDY

SERDANG 1 Jun – Bow Basics Bootcamp anjuran Pelajar Kursus Kurikulum  Berkredit Memanah Kumpulan 1 telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara peserta yang terlibat adalah terdiri daripada golongan dewasa, remaja dan juga kanak-kanak sekolah rendah.

           Dr. Farah menyatakan bahawa program seumpama ini sangat bermanfaat lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak serta memupuk tentang pentingnya aktiviti sukan untuk memastikan Kesihatan tubuh badan anak-anak. Beliau merupakan salah seorang daripada ibu-bapa yang mendaftar anak-anak bagi menyertai program seperti ini.

            Beliau berkata, program memanah merupakan sukan sunnah yang perlu diberi pendedahan kepada orang ramai di mana aktiviti sukan memanah dapat meningkatkan kebolahan pelajar untuk lebih fokus di dalam kelas dan juga dapat menenangkan fikiran.

            “Walaupun cuaca yang panas, tetapi pengisian program ini sanagat menarik minat anak-anak dan tidak dihadkan hanya kepada orang dewasa sahaja,” katanya semasa turut sama menemani aktiviti yang diadakan.

            Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah cara regangan yang betul untuk sukan memanah, teknik asas memanah dan juga penyertaan pertandingan mini sukan memanah.

 “Program klinik memanah seumpama ini diharapkan dapat diadakan pada mas-masa akan datang di samping memberi pendedahan kepada komuniti tentang keabikana sukan memanah untuk kehidupan dan cara hidup yang sihat.

Date of Input: 30/06/2024 | Updated: 30/06/2024 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
X, (05:32:52am-05:37:52am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]