BRIDGING HEARTS, CREATING HOMES | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » BRIDGING HEARTS, CREATING HOMES

BRIDGING HEARTS, CREATING HOMES

KAMPUNG RINCHING HULU, SEMENYIH
 
PROGRAM FAMILY TAPESTRY : BRIDGING HEARTS, CREATING HOMES yang diadakan pada 1-3 JUN 2024 merupakan program komuniti anjuran kursus kokurikulum berkredit QKU2203II (Pembangunan Kesukarelawanan) kumpulan 4 yang terdiri dari pelajar tahun 1 Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.
Dibawah pimpinan Dr. Suhaili Abu bakar @ Jamaludin, fasilitator PKPP, program ini telah berjaya dilaksanakan selama 3 hari di Kg Rinching Hulu, Semenyih yang berasaskan konsep Keluarga Angkat dengan mengetengahkan elemen perkongsian ilmu antara pelajar dan penduduk Kg Rinching Hulu.
 
Program ini telah menjadi medium bagi pelajar untuk menghubungkan silaturrahim bersama penduduk di kampung serta memberikan gambaran dan pengalaman manis tentang keindahan suasana di kampung yang sukar untuk dinikmati pada masa ini.
Antara pengisian sepanjang program ini adalah seperti slot Prihatin Siswa, Tazkirah Maghrib dan Sembang Kerjaya. Selain itu, aktiviti seperti Hari Keluarga, gotong-royong, Malam Kebudayaan dan rewang turut diselitkankan bagi mengeratkan lagi ukhuwah pelajar bersama warga kampung.
 
Pengalaman selama 3 hari 2 malam di sini telah memberikan impak yang tinggi kepada pelajar dan penduduk kampung yang seterusnya dapat melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi pada masa akan datang.
Program ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar, YBrs. Ts. Dr. Rozzamri Ashari.

Date of Input: 06/06/2024 | Updated: 10/06/2024 | saidatul.halim

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 1156
-
F, (08:47:25pm-08:52:25pm, 13 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]