Communal Work With Asrama Kasih Yayasan | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Communal work with Asrama Kasih Yayasan

Communal work with Asrama Kasih Yayasan

28 orang Pelajar Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Universiti Putra Malaysia terlibat dengan jayanya dalam Program Gotong Royong bersama Pelajar-pelajar dan Kakitangan Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan di Kampung Seri Serendah, Hulu Selangor

 

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UPM / 5 Oktober 2019

 

Oleh Norhisham bin Mohd Nasir (Fasilitator KKB PKPP UPM Pengakap 1 Kumpulan 2)

 

UPM Serdang – Pelajar-pelajar Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM daripada Kursus Pengakap Kelanasiswa Semester 1 Kumpulan 2 seramai 28 orang telah terlibat dengan jayanya dalam Program Gotong Royong anjuran Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Asrama Kasih YBK, Seri Serendah, Hulu Selangor yang melibatkan pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK berkenaan yang diadakan pada 5 Oktober 2019 (Sabtu) di Asrama Kasih YBK, Seri Serendah, Hulu Selangor.

 

Program ini merupakan salah satu skim latihan dalam pengakap kelana disamping itu juga ia memberi perkhidmatan kepada komuniti dalam kerja-kerja kesukarelawan yang melibatkan komuniti dan masyarakat setempat bersesuaian dengan cogan kata Pengakap Kelana iaitu "Berkhidmat"

Pelajar-Pelajar Koko Berkredit UPM yang terdiri daripada ahli Pengakap Kelanasiswa UPM telah diberi tugasan untuk membersihkan kawasan sekitar Asrama Kasih YBK bersama-sama dengan kakitangan dan pelajar-pelajar asrama tersebut seperti mengecat, membersihkan kawasan sekitar dan menyelenggara landskap supaya tersusun. Program ini turut dihadiri oleh Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan Encik Muhammad Sherhan Nizam bin Abdul Aziz dan Pengetua Asrama Kasih YBK Puan Halimaton Sadiah binti Mohd Nawawi bagi menjayakan program gotong royong ini.

Bersama-sama dengan Pengurus Besar YBK, Pengetua Asrama Kasih YBK dan salah seorang pelajar UPM

 

Oleh demikian, melalui program ini para pelajar khasnya mahasiswa UPM dapat mendidik dirinya melalui aktiviti kesukarelawan bagi memberi lebih keyakinan berinteraksi serta dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara pihak Asrama Kasih YBK dengan Mahasiswa UPM untuk melaksanakan program sebegini pada masa akan datang.

 

Aktiviti gotong royong yang melibatkan pelajar-pelajar UPM dan Asrama Kasih YBK

Date of Input: 16/10/2019 | Updated: 16/10/2019 | hairulnizam

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXDdUA7~