HARIMAU CUP FUTSAL WOMEN 2023 CHALLENGE: IMPAK KE ARENA FUTSAL WANITA IPT | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » HARIMAU CUP FUTSAL WOMEN 2023 CHALLENGE: IMPAK KE ARENA FUTSAL WANITA IPT

HARIMAU CUP FUTSAL WOMEN 2023 CHALLENGE: IMPAK KE ARENA FUTSAL WANITA IPT

Oleh: Firdaus Razzaq


PUCHONG 17 JUN,- Kejohanan Harimau Cup Futsal Women 2023 Challenge in telah dianjurkan pada 17 Jun 2023 oleh pelajar kumpulan 2 kursus futsal QKS2104 bersama dengan pihak penaja Kicka Venture Sportswear. Kejohanan ini telah disertai oleh pasukan-pasukan institut pengajian tinggi yang mengetengahkan sukan futsal wanita serta sebagai satu persediaan kepada mereka untuk mengharungi Liga IPT yang akan datang. Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum selain dari menyediakan ruang dan peluang untuk memberikan pendedahan kepada siswa-siswi tentang penganjuran kejohanan dan permainan futsal.


Kejohanan ini juga dapat menjadi satu platform kepada siswa-siswi untuk melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Kejohanan yang menjadi satu kolabrasi diantara pelajar daripada Universiti Putra Malaysia dan pihak penaja iaitu Kicka telah disertai 8 pasukan daripada institut pengajian tinggi di sekitar Malaysia, antaranya adalah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Tun Hussien Onn, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kejohanan ini sebenarnya dijalankan bertujuan sebagai satu kejohanan pra musim bagi mengahadapi Liga Futsal IPT yang akan datang sekaligus menjadi salah satu kejohanan persiapan kepada pasukan dan juga para pemain.


Pengarah Kursus Futsal QKS2104 Kumpulan 2, Muhammad Hafizuddin Bin Khairul Nizar berkata, kejohanan ini merupakan satu program kolaborasi yang agak besar bersama pihak penaja iaitu Kicka kerana ia melibatkan pasukan daripada insititut pengajian tinggi sekitar Malaysia. Harapan agar kejohanan ini menjadi satu program
yang dapat membantu pasukan sebagai persediaan Liga IPT adalah amat besar. Beliau juga menambah bahawa, kejohanan yang diterajui oleh beliau adalah yang pertama kerana sebelum ini tidak mempunyai apa apa pengalaman dalam bidang ini. Ia dapat memberikan satu pengalaman serta pelajaran yang berguna kepada beliau serta para pelajar Universiti Putra Malaysia dalam bidang pengurusan program. Kejohanan ini telah menjadi satu platform kepada setiap pemain futsal wanita untukmenyerlahkan bakat mereka dalam sukan ini. Kejohanan ini diharapkan dapat memberikan impak yang berterusan kepada pasukan-pasukan futsal wanita di
Malaysia.

 

Date of Input: 12/07/2023 | Updated: 12/07/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdPAm~