KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU UPM 2023 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU UPM 2023

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAKAT BARU UPM 2023

Oleh: Siti Shafiqah Binti A. Karim

Serdang, 8 Januari – Seramai 52 regu telah menyertai perlawanan yang telah didakan ini dan tidak mengfokuskan kepada pelajar UPM sahaja, malah juga memberi peluang untuk orang awam menyertai program ini. Para peserta yang menyertai kejohanan ini datang dari pelbagai negeri. Semasa majlis berlangsung, semua pasukan untuk Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru UPM 2023, anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, Kursus Kokurikulum Berkredit (QKS2109) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah hadir tepat pada waktunya iaitu sebelum kejohanan yang bermula pada pukul 9:00 pagi.      

Program ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk menyerlahkan bakat mereka dalam sukan sepak takraw ini sekaligus menarik minat orang awam terutamanya golongan muda untuk lebih mengenali sukan ini kerana sepak takraw merupakan permainan tradisi masyarakat Melayu dan jika sukan ini tidak dipelajari oleh generasi muda, maka sukan sepak takraw ini akan pupus ditelan zaman.

Selain itu, program ini dapat memberi latihan kepada pelajar UPM untuk membuat perancangan dan mengurus tadbir sebuah program yang hendak dijalankan. Oleh itu, pelajar UPM akan mempunyai kemahiran apabila mereka perlu menganjurkan program pada masa hadapan.

Seramai 4 kumpulan telah dipilih oleh ketua juri, Encik Saedon Sulaiman Shah sebagai juara tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat berdasarkan kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Johan untuk kejohanan ini dirangkul oleh kumpulan Awanmerah A yang mendapatkan wang tunai sebanyak RM 1200.00, diikuti dengan pasukan Fudin Kerinchi yang mendapat wang tunai sebanyak RM 600.00. Tempat ketiga pula, dimenangi oleh pasukan Awanmerah B yang memperoleh wang tunai RM 300.00 dan tempat keempat dimenangi oleh Sri Melaka 4 yang memperoleh sebanyak RM 150.00.  Penyampaian hadiah di sampaikan oleh En Mohamad Razizi Haji Midin, Fasilitator Khas, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar, UPM.

Kejohanan Sepak Takraw Bakat Baru UPM 2023 telah diadakan selama satu hari pada 8 Januari 2023 bermula jam 7 pagi hingga 10 malam untuk menghabiskan setiap perlawanan sebanyak 52 pasukan yang bertanding. Setiap regu bermain dengan baik dan memberi kerjasama sepenuhnya pada hari kejohanan berlangsung.


Kejohanan yang sedang berlangsung


Penyampaian hadiah kepada para pemenang   

 

Date of Input: 07/03/2023 | Updated: 07/03/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEOMAi~