KEJOHANAN TAEKWONDO POOMSAE ATA TAHUN 2022 | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » KEJOHANAN TAEKWONDO POOMSAE ATA TAHUN 2022

KEJOHANAN TAEKWONDO POOMSAE ATA TAHUN 2022

Oleh: Louisa Chong Zhen Yu dan Farah Yasmin Binti Saiful

CYBERJAYA 18 Disember, – Taekwondo kini semakin mendapat tempat di hati kalangan belia ini terbukti dengan sambutan meriah daripada para peserta di sekeliling Lembah Klang yang menyertai Kejohanan Taekwondo Poomsae ATA Tahun 2022 anjuran Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar dengan kerjasama Kelab Taekwondo ATA (TM/WTF).

Pengarah program, Lee Pek Yan dan berkata, Kejohanan Taekwondo Poomsae ATA Tahun 2022 tersebut diadakan bagi menerapkan dan memupuk nilai kepimpinan di kalangan pelajar terutamanya dalam mengendalikan sestuatu program.

 Beliau berkata, program ini mampu meningkatkan ilmu dan pengalaman pelajar dalam mengadakan serta menganjurkan sesuatu pertandingan dengan lancar.


Ini adalah sebahagian usaha kelab QKW 2105-1 untuk memupuk semangat kesukanan kepada peserta Kejohanan Taekwondo Poomsae ATA Tahun 2022 serta menjadikan bidang seni pertahankan diri sebagai satu kelebihan diri di masa akan datang.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Persediaan, Pendaftaran Peserta-Peserta, Pertandingan Poomsae dan Pengumuman Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

“Pertandingan ini mampu melahirkan generasi muda yang kompeten dan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” kata Master Ramesh A/L Duraisamy, Fasilitator

QKW2105 Kumpulan 1 yang membimbing kami sepanjang program dijalankan di The Barn, Tamarind Square.

 

Date of Input: 17/02/2023 | Updated: 17/02/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEaDAH~