Kembara Khazanah Alam, Persahabatan Antara Manusia Dan Alam Sekitar | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » Kembara Khazanah Alam, Persahabatan antara Manusia dan Alam Sekitar

Kembara Khazanah Alam, Persahabatan antara Manusia dan Alam Sekitar

Kembara Khazanah Alam, persahabatan antara manusia dan alam Sekitar

Oleh: Nur Irdina Binti Amir Nizam

PUCHONG 19 Jun, Program Komuniti: Kembara Khazanah Alam daripada Kumpulan 1 QKS2121 di hutan simpanan kekal yang menarik perhatian para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan juga peserta luar kerana melibatkan elemen kelangsungan hidup dan gaya hidup sihat yang merupakan unsur yang penting sebelum melakukan aktiviti pengembaraan di dalam hutan atau kawasan yang seantara dengannya. Selama 3 hari 2 malam di Sultan Idris Shah Forest Education Center (SISFEC), para pelajar dapat melakukan pelbagai aktiviti – aktiviti yang interaktif serta mempelajari pengalaman baru dengan mengaplikasikan benda yang dipelajari pada masa akan datang. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang program adalah memasang khemah, night walk, jungle trekking serta mengutip sampah di dalam hutan bersama peserta atau komuniti luar, water confidence di Blue Lagoon, mini orienteering, pertandingan masakan survival dan juga sesi tayangan outdoor movie. Ketibaan pelajar kumpulan 1 QKS2121 pada hari pertama dengan pemasangan khemah di tapak perkhemahan memberi ruang dan peluang kepada pelajar mengenai cara – cara pemasangan khemah yang betul dan juga nasihat yang penting mengenai pemasangan khemah agar tiada perkara yang tidak didugakan berlaku seperti air memasuki ke dalam khemah dan membersih kawasan sekitar daripada daun – daun kering yang banyak. Aktiviti ini dapat memupuk sikap kerjasama dan toleransi antara pelajar bagi keselesaan bersama. Pada keesokan harinya, aktiviti jungle trekking diteruskan walaupun hujan, namun para peserta, pelajar dan juga staf SISFEC iaitu Encik Fazrul Azree Mohd Arif (lebih dikenali sebagai Atuk) dan juga Puan Siti Zurina Zakaria (Kak Siti) tetap bersemangat merentasi hutan dengan mengambil gambar suasana dalam hutan dan mengutip sampah yang dijumpai sambil mempelajari jenis – jenis tumbuhan dalam laluan  sebelum bergerak ke aktiviti seterusnya iaitu water confidence bersama pihak Balai Bomba Puchong yang diketuai oleh Tuan Azizul yang akan memberikan taklimat mengenai keselamatan diri di dalam kawasan air. Seterusnya, petang itu juga pelajar QKS2121 akan menjalankan mini orienteering dimana pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan akan mengira bearing menggunakan kompas yang disediakan oleh fasilitator khas Encik Mohd Naim. Selesainya mini orienteering, pelajar akan diberikan bahan dan alatan bagi pertandingan masakan survival. Di sini pelajar akan menggunakan kreativiti masing – masing dalam bahagian kulinari dengan menyediakan dan mempersembahkan makanan menggunakan barangan yang terhad. Pada malam tersebut, pelajar akan bersantai dengan melakukan aktiviti makan malam menggunakan ayam yang diperap oleh pelajar sambil mengeratkan silaturrahim dengan menonton wayang yang berkaitan dengan pengembaraan. Pada keesokan harinya, para pelajar akan dibahagikan tugas bagi aktiviti gotong – royong sebelum pulang ke UPM supaya dapat memupuk sifat menyayangi alam sekitar dan juga mengamalkan persekitaran yang bersih agar kawasan tersebut dapat digunapakai pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga dapat menanam sifat sentiasa keluar daripada kawasan seperti kawasan asalnya sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan SISFEC yang menjaga kawasan hutan simpanan kekal serta tanda kesyukuran kepada Tuhan yang mencipta dan memberikan pelbagai jenis flora dan fauna kepada kita semua.   

Date of Input: 30/09/2023 | Updated: 30/09/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEdPAE~