MAHASISWA UPM MENGUPAS TENTANG PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN MELIBATKAN TIGA BUDAYA | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » MAHASISWA UPM MENGUPAS TENTANG PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN MELIBATKAN TIGA BUDAYA

MAHASISWA UPM MENGUPAS TENTANG PERSEMBAHAN TEATER BANGSAWAN MELIBATKAN TIGA BUDAYA

Facebook Live Teater Tradisi Bangsawan, 26 Jun – Kursus Teater Tradisi Bangsawan Berkredit dari Pusat Kukurikulum Dan Pembangunan Pelajar UPM tidak menjadikan situasi pandemik sebagai satu halangan untuk meneroka dan menyampaikan ilmu berkaitan tradisi bangsawan yang melibatkan tiga negara iaitu Malaysia, China dan Bangladesh. Forum pertembungan tiga budaya pementasan tradisional bangsawan iaitu Malaysia, China dan Bangladesh dikupas dengan baik oleh empat orang ahli panel dan seorang moderator.

Program ini merupakan program dibawah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dan dikendalikan oleh Dr Zainatul Shuhaida Bt Abdull Rahman yang merupakan fasilitator Kursus Teater Tradisi Bangsawan Berkredit (QKB211) bersama 40 pelajar di bawah bimbingan beliau. Antara objektif program ini ialah untuk menyampaikan ilmu tradisi pementasan bangsawan, persembahan kesenian, pendedahan kebudayaan Melayu dan tradisi di Malaysia ke negara luar dan berkongsi kebudayaan seni persembahan bersama negara Bangladesh dan China. Turut hadir, Prof.Madya Dr. Nur Izura selaku Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM memberikan ucapan agar program ini memberi manfaat, ilmu dan pengalaman bermakna kepada semua para pelajar yang terlibat seterusnya masyarakat yang menonton program ini secara maya di Malaysia dan antarabangsa. Tambah beliau lagi, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM sentiasa memastikan para pelajar diberikan bimbingan dalam kemahiran insaniah bagi membentuk jati diri sebagai persediaan melahirkan pelajar yang cemerlang dan bersedia menuju ke alam kerjaya. Dr Zainatul Shuhaida, selaku fasilitator kursus ini turut memberi ucapan dan berharap program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepadan pelajar dan memartabatkan usaha menarik minat generasi muda kepada teater tradisional. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pelajar kerana menggunakan ruang maya untuk menganjurkan program yang bersifat intergrasi dan berjaya memanipulasi sepenuhnya teknologi dan platform media untuk menyampaikan ilmu.

Program ini juga telah bekerjasama dengan Persatuan Pemuisi Nasional (PEMUISI) serta dirasmikan oleh pengarah PEMUISI sendiri iaitu Datuk Dr Radzuan Ibrahim. Di dalam ucapan Datuk Dr Radzuan Ibrahim, beliau berkata usaha untuk menyampaikan ilmu tradisi pementasan bangsawan ini masih terhad dan perlu dipertingkatkan. Program seperti inilah yang mampu membuatkan budaya dan kesenian negara kita diperkenalkan bukan sahaja kepada anak bangsa malahan sehingga ke luar negara. Selain itu juga, jaringan perhubungan antara pelajar, persatuan kesenian dan peserta dari luar negara dapat diwujudkan dan dimanfaatkan. Datuk Dr Radzuan Ibrahim mengakhiri ucapannya dengan kata-kata mutiara dari seorang cendiakawan sebelum merasmikan program.

Forum ini telah berjaya menarik minat orang ramai kerana wacana pementasan teater bangsawan yang melibatkan pertembungan tiga budaya iaitu Malaysia, China dan Bangladesh yang jarang sekali dibicarakan. Dengan keahlian kesemua panel, kesemua info dan maklumat berjaya menarik perhatian orang ramai dan mula menimbulkan minat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan teater tradisi bangsawan. Pelbagai topik berjaya diulas oleh ahli panel seperti jenis teater dan transformasi teater di tiga buah negara secara infomartif. Ruang komen juga dibanjiri dengan pelbagai reaksi apabila menerima info yang jarang sekali diketengahkan oleh orang ramai.

Wacana ini turut diisi dengan deklamasi pantun oleh ahli PEMUISI seramai 15 orang dan juga ahli kelab teater tradisi bangsawan yang dipersembahkan dengan intonasi yang cukup baik dan dapat diperkenalkan kepada negara-negara lain. Lebih menarik lagi, pantun tersebut dikarang sendiri oleh ahli kelab itu sendiri dan ini membuktikan kelab teater tradisi bangsawan mampu melahirkan anak bangsa yang menghargai warisan.

Sehingga hari ini, program tersebut telah mencapai tontonan sebanyak 2500 orang dan ini telah membuktikan bahawa kesemua pihak terutamanya 40 orang ahli kelab teater tradisi bangsawan telah melakukan tugas mereka dengan baik. Kesemua pihak telah bertungkus lumus menyebarkan info berkenaan program ini di semua platform seperti Facebook dan Instagram agar program ini memberi manfaat kepada orang ramai.

Gambar 1. Koleksi tiga budaya pementasan tradisional bangsawan iaitu Malaysia, China dan Bangladesh.

Date of Input: 09/08/2021 | Updated: 09/08/2021 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEUUAz~