PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENJADI PENJAGA KUDA SEHARI DI PUSAT EKUIN UPM | CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
» NEWS » PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENJADI PENJAGA KUDA SEHARI DI PUSAT EKUIN UPM

PELAJAR SEKOLAH RENDAH MENJADI PENJAGA KUDA SEHARI DI PUSAT EKUIN UPM

SERDANG 14 Januari – Penjagaan kuda merupakan salah satu aktiviti yang ingin dicuba oleh orang ramai terutamanya kanak-kanak yang sering menonton kuda hanya melalui televisyen dan media elektronik, ini dapat dibuktikan melalui penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah dalam program A Day with Horses yang dianjurkan di Pusat Ekuin Universiti Putra Malaysia.

            Prof. Madya Dr. Nurul Hayah binti Khairuddin, fasilitator program tersebut menyatakan bahawa program A Day with Horses telah memberikan pendedahan kepada peserta untuk menimba pengalaman sebagai penjaga kuda dengan melaksanakan tugasan-tugasan penjaga kuda secara praktikal.



            Seramai 13 orang pelajar dari 6 buah sekolah rendah swasta yang berusia 9 hingga 13 tahun telah mengambil bahagian dalam program ini, bersama dengan 4 orang guru pengiring. Persatuan Memanah Berkuda As-Sibaq Malaysia turut serta menjayakan program ini bersama-sama para pelajar.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pembersihan kandang kuda, mendandan dan perapian kuda, Joy ride, serta pembersihan kuku kuda, yang melibatkan kanak-kanak untuk mencuba aktiviti tersebut selepas demonstrasi diberikan.

Pengenalan kepada sukan equestrian juga telah diberikan kepada para pelajar oleh Ahli Jawatankuasa Projek A Day with Horses bagi menarik minat pelajar-pelajar dalam industri berkuda ini.

Date of Input: 24/05/2023 | Updated: 24/05/2023 | muhamadzulwaqa

MEDIA SHARING

CO-CURRICULUM AND STUDENT DEVELOPMENT CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8558 / 1467
-
SXEZHAD~